Saturday, May 28, 2011

bazar siti khadijah bukan pasar siti khadijah

  ok semalam (26.5.2011) aku dengan member dari sekolah menengah aku eka,dia datang kb sebab nak pasang pagar besi kat gigi dia tapi disebabkan doc ada meeting so tak jadi la nak pasang pagar besi tu,dia datang dengan kawan dia fatin..lepas aku habis kelas pukul 11am dia pick up aku kt kolej and then eka suruh aku tunjukkan jalan pergi PASAR SITI KHADIJAH sebab akak dia mintak dia belikan kain kosong yang dah siap jahit manik..so we heading to kota bharu
  
  lepas pusing-pusing cari parking,at last kiteorang parking dekat depan dataran masjid muhammadi ( ala yang dekat dengan muzium perang tu ) so kena jalan untuk pergi ke PASAR SITI KHADIJAH tu.lepas je nampak kedai kain kiteorang terus je masuk..banyak jugak la kedai yang kiteorang masuk tapi tak jumpa pun kain yang dah siap jahit manik
 
aku : eh eka betol ko saem kak mg tu beli kain tu sini kot dio beli lain eh
eka : betol doh,kak aku royak saem dio beli sini la kat PASAR SITI KHADIJAH
aku : owh..doh kito try tanyo lagi la kat kedai lain

  kedai yang last kiteorang masuk akak tu tanye betul ke pernah beli kain kat situ

akak kedai : dik betul ko rajin beli kain tu sini
aku : betul doh kak..kak dio royak saem dio beli kat PASAR SITI KHADIJAH
akak kedai : eh ni bukea PASAR SITI KHADIJAH  ni dik ni BAZAR SITI KHADIJAH
aku : eh BAZAR nge PASAR SITI KHADIJAH tu dok samo eh..lain-lain ko..sayo ingat ko samo jah
akak kedai : dok dik,lain-lain xdok serupo
aku : doh nok gi PASAR SITI KHADIJAH kok mano kak
akak kedai : tuu gi turun tanggo kok tu pah jalan depea siket ada la pasar tu

  lepas nak turun pulak satu hal kiteorang tak jumpa tangga pulak,terpaksa la aku tanya sorang pak cik tu

aku : pok cik nok tanyo mano tanggo nok turung nok gi PASAR SITI KHADIJAH
pok cik : ni depe ni jah tanggo
aku : mekaseh pok cik

  disini apa yang amat memalukan adalah kami bertiga (aku,eka & fatin) masing-masing dah cakap kelantan pure punyer tapi ye la kan kiteorang orang besut (so we origin from terengganu) tapi cuba fikirkan apa yang orang lain pikir kan.'ish budok ni kecek klate doh tapi gok tukar bazar nge pasar'..malu kot

 tapi serius selama 1 tahun setengah aku kat kota bharu aku tak tahu pun yang BAZAR SITI KHADIJAH tu wujud dan aku jugak tak tahu yang BAZAR dan PASAR SITI KHADIJAH adalah tak sama..bikin malu je..
: D

No comments:

Post a Comment