Tuesday, May 3, 2011

Kantoi!!!!!


Ok well Assalamualaikum
First of all entry ni title kantoi lansung tak ada kena mengena dengan Zee Avi yang femes tu,tapi ni ada kena mengena dengan aku ( ye la kan sebab ni blog aku punyer)...aku ni satu hal selalu je jadi benda yang memalukan diri aku..ceritanya macam ni,well aku dah state kan kat atas yang aku ni seorang student nurse so memang banyak la praktikal

Hari tu aku ditugaskan untuk prepare medication untuk pt’s (patient’s) makan pada pukul 4pm,so pergi kumpulkan medication chart untuk check pt’s mana yang kena makan ubat pada pukul 4pm..well ada new case pak cik tu ada tb so dia kena makan semua ubat yang doc baru je order untuk dia..it is an order from doc saiful.ubat tu agak banyak,faham-faham je laa doc punyer hand writing macam mana..agak susah untuk aku faham.Ada 1 ubat tu start dengan huruf E,tapi aku nampak macam huruf K,so aku tanya la c.i (clinical instructor) aku
Aku : madam ni huruf E ke huruf K
Ci : eh awak ni! Ni kan huruf E
Aku : teruk la tulisan doc ni,huruf E macam huruf K
Apa yang teruknya masa aku ucapkan benda tu doc saiful tu tengah amek ubat untuk buat injection kat tepi aku,memang kantoi la,c.i aku dah tergamam..aku ni lagi la.Lepas je doc tu keluar c.i aku cakap “eh awak ni kalau saya yang jadi doc tu saya dah cepuk dah kepala awak”haha sori la madam saya tak perasan.

Dah la seharian doc tu dalam wad,banyak kali jugak la aku terserempak dengan dia tapi buat slumber je,dalam hati aku malu giler.petang tu pulak aku yang assist dia untuk pasang catheter kat sorang pt’s yang new case..malu aku beb

No comments:

Post a Comment