Sunday, July 10, 2011

sori..aku tak suka kau

   apasal la aku tak suka ko hah?manusia jugak,sama je macam aku..ntah la jiwa aku ni memang tak boleh serasi dengan korea la..disaat hampir semua orang menerima demam k-pop & drama korea,sori ye aku tak kena pun infection tu.lansung tak! jangan hacked aku disebabkan pandangan aku ni.
 
   antara drama korea yang popular kat malaysia ni (aku pun taw jugak but just nice to know,sebabnye tak nak jadi katak bawah saji) my girl,full house,prince hour etc..tu jer yang aku ingat sebab benda tu antara yang glamor zaman aku sekolah dulu (2008) masa form 5..kalau korang perasan la mostly drama korea ni heroin mesti muka cute2 gitu..seorang yang clumsy,makan dah la banyak tapi tak gemuk2 jugak sekeping cam papan jer..kalau marah mesti mulut tu penuh dengan makanan.mula2 jumpa mesti gaduh2 lepas tu mula la jatuh hati..si hero plak mesti kontrol macho gegiler,sebab tak nak tunjuk kat heroin ni yang diorang pun ada hati gak,tapi kat belakang..tak pun buli si heroin sebab tak nak tunjuk yang sebenarnye diorang cinta

   lagi 1 kalau yang si heroin menyamar jadi laki,masuk hostel,tak pun join band laki mesti tak der yang nak perasan..eh helooooo! tak kan la diorang tak boleh nak tengok bijik halkum tu kat leher tersembul ke tak?..dah la body memang tak sama,muka dah la halus giler kulit tu..ntah la aku tak faham la.

   kalau macam muzik k-pop plak memang la ada yang catchy,tak dapat dinafikan,tapi nape artis laki diorang jambu semacam..bukan jambu batu tapi jambu air,muka tu perrrghhh make-up ngalahkan pompuan ye!pakai plak seluar petak2 takpun skinny yang kaler2 macam oren,purple,pink & kuning,..anak2 gadi sekarang ni memang suka laki cam tu eh? sori bukan aku..rambut plak kaler semcam jer,dah nama pun asia memang genetik tu rambut hitam kenapa la dikalerkan oren la,biru la..macam2 lagi la (yang ni malay pun ada gak).


ni agaknya kalau bawak balik rumah perkenalkan as a bf ni mesti mak bapak terkejut
sian kt laki2 melayu dah tak laku..

 
*P/S : ni just opinion aku,benda yang aku tak suka..jangan marah ye..peace no war =D
 

4 comments:

  1. hai! sis kat Setiu hihihi....tak suka jugak k-pop2 ni....

    ReplyDelete
  2. hahaha !! btl2 xleh nk salahkn owner blog

    sume org ad taste sndiri gax :)

    p/s : setting blk cmmnt tu , ade word verification .. leceh la nk cmmnt .. utk kesenangan sume follower anda sila setting semula :)

    ReplyDelete