Wednesday, September 28, 2011

segan sebenarnye + wordless wednesday = entry berkembar

Assalamualaikum peeps
ni entry saje2 sebagai pelepas rindu kat dunia blogging ni
erm sori ye kalau aku buat semak dashboard korang lagi
minggu ni keje syif petang kat hospital selayang
balik malam tadi masa kat dalam bas
yang kat tepi aku keluarkan samsung corby buat dengar lagu
seat depan sorang mamat tengah online fb dengan iphone4
yang seat tepi satu lagi tengah online fb jugak dengan bb
depan mamat guna bb tu ada sorang cewek yang tengah bbm..sms guna phone sony yang cyber shot yang 8mp tu..tak tau la plak model apa
erm...dalam beg aku ada nokian 2600c..tak tau nak buat apa
nak dengar lagu,lagu tak de sebab phone tak der memory card pun
nak reply sms pun tak der orang sms
nak online fb kan phone cokia jer
nak bbm apatah lagi..tiba2 jer aku jadi penyegan
uhuk3x

bukan mintak simpati korang keyh
so nak korang fahami quote dalam picture ni


so aku smile...the best medicine for now
sebab tak semua yang kita nak kita akan dapat kan?
macam sedih jer bunyi entry ni...hak3 chill lah i'm okay



Sunday, September 25, 2011

tidur & aku memang tak dapat dipisahkan

entry bertajuk jiwang tapi tak..wek!
apa kes nak jiwang2 kat sini,malu la aku korang bace tambahan pulak aku risau gak geng2 stalker aku tengah baca post ni kan,nanti bila jumpe tadah telinga je la
hehehe
sebenarnye nak buat entry pasal tidur memang tak dapat dipisahkan dengan aku..idea ni datang tadi masa aku kantoi dengan c.i aku kat 1 bilik kat dalam wad tu..teheee
so nak kasi tau memori tidur aku la ni

1.tadi kantoi tidur dengan madam aku,bila masa dia masuk dalam bilik tu pun aku tak perasan..bilik ber aircond + pkai sweater perghhh terbaek

2.masa form 1 tahun 2004 aku pernah tertidur masa exam geografi,setengah jam je jawab lagi 45 minit tidur,
dah la aku tak siap jawab,ada dalam 20 soalan lgi..member aku kat tepi dah kejutkan tapi aku tak sedar,bila cikgu nak kutip kertas baru aku bangun,nak jawab apa lagi tembak je la kan
dah la aku tembak tak cukup 5 soalan..sial betul time tu

3.hari tu,dalam minggu ni jugak aku tidur atas bas masa otw pergi hospital..bus dah berhenti depan jejantas tapi aku tak rasa pun,sampaikan member aku pergi nak kejutkan baru aku sedar..teheee
nasib orang tak perasan sangat

4.masa form 5 tahun 2008.kelas bm..aku ingat lagi cikgu salmiah yang mengajar..dia suruh buat apa ntah
aku angkat tangan,mintak pergi tandas..lepaskan hajat then nampak kerusi kat tepi sinki (sinki tu bersih la,tandas tu besar siap ada bilikair lagi,mak cik cleaner sekolah aku rajin okeh) aku tidur kat situ dalam 20 minit jugak la,tu pun sedar sebab member dari kelas sebelah masuk tandas

5.aku akan kira berapa jam aku akan tidur sebelum tidur waktu malam,kalau siket sangat tidur aku dah plan bila nak top up kan tidur tu

muahahaha


Saturday, September 24, 2011

ceritera sedih : tak lawa..apa masalah kau

aku jarang sangat tulis pasal kisah sedih,tapi aku sendiri pun tak tahu kisah ni sedih ke tak
harap korang nangis la baca ye
tapi bila aku ingat ni buat aku rasa geram..kalau orang cakap muka kau hodoh,apa yang akan kau rasa
aku tau la dah memang kenyataan muka aku ni hodoh tapi tak payah la nak menganjing kat aku
bagi aku manusia ni diciptakan sama jer,manusia sendiri yang suka membezakan antara satu sama lain
aku dah cukup sifat 1 kesyukuran,at least aku tak buta,hidung ada dua lubang,mulut yang boleh makan banyak
Alhamdulillah untuk semua tu

hari tu masa dalam kuliah obg (obstectric & gyaenacology)..time tu madam bagi rehat dalam 5 minit sebab dah lama sangat kuliah..so aku time tu tengah gariskan point2 penting dalam lecture notes tu (memang dalam mood study) adalah sorang polan tu yang duk kat belakang aku panggil aku

polan : eh sa'adah biasanye kan kalau orang perempuan tak lawa mesti dapat laki ensem
aku : apa motif kau ni
polan : tak der la kan...aku bukan nak cakap la tapi kau kan tak berapa lawa so mesti ko dapat laki yang ensem

aku time tu sentap giler wey,aku rasa nak bagi penumbuk jer biar berterabur semua gigi2 polan tu
ye la kan..aku boleh terima benda tu kalau time tu mood tengah bergurau..mood riang ria tapi ni memang mood study sebab aku target A untuk obg ni
so aku senyap jap then aku jawab

aku : sape yang cakap kat kau
polan : tak der la biasa kita tengok
aku : apa tengok2..aku nak kau tunjuk kat aku ayat dari surah mane yang bagi tahu perempuan tak lawa untuk laki ensem & vice versa..kalau tak der aku nak ko cari hadis mane,ko tunjuk depan mata aku baru aku akan percaya

dia pun senyap..bila aku ingat balik pasal hal ni memang aku geram..aku dah taw dah muka aku ni tak lawa,gemuk,pendek
tapi ko tak payah la nak bagi tahu,aku tak lupa diri lagi..jodoh ni tak kira rupa
siapa bakal suami aku,macam mana rupa dia itu rahsia dari Allah yang belum aku jumpa
biar la di dunia ni tak cantik asalkan dengan Allah kita cantik

wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk
sedangkan wanita yang baik untuk lelaki yang baik
surah an-nur 26

so dah dinyatakan..tapi ingin dinyatakan buruk tu bukanlah merujuk kepada rupa..tapi akhlak
sekian




Thursday, September 22, 2011

singkatan dalam SMS yg paling annoying

sms tu means short messaging service @ sistem pesanan ringkas
semua orang pakai phone sekarang & semua orang tau cara nak sms
most of person sekarang ni lebih suka sms dariphone call sebab JIMAT wey
hehehe

tapi kan aku rasa cara sms sekarang semakin annoying la..
yang biasa kita gunakan 
tak = tak
makan = mkn
lapar = lpr
ayam = aym
goreng = greng
tak makan.lapar ayam goreng = x mkn,lpr aym greng
(hehehe..aku tengah menaip dengan nafsu lapar so ayat berkaitan makan la)

tapi yang meng'annoying' kan aku ialah
gila = glew
rindu = windu
sayang = yum
sedih = sdey
benci = menci
perut = pewot
kita = itew
tu je la yang aku boleh pikir sekarang ni & yang sewaktu dengannye
harap korang faham apa yang aku try nak sampaikan kat sini
 lapar ni so otak aku asyik pikir makan jer
so jangan la sms camni..tak semua orang suka termasuklah ANWAR HADI

Sunday, September 18, 2011

makanan kampong yang terbaek! (versi berair wa cakap lu)

aku hantu makan,bukan hantu makan aku
makan plak banyak kemain wey
since sekarang ni aku ada kat kolompo baru je sehari aku dah start rindu makanan kat kampung
berair beb..apa jenis air yang korang ingat berair mulut la wey means meleleh air liur bukan 'berair' yang tu
apa daa ingat otak aku kuning ke?

apa yang tersangat best yang tersemat dalam otak aku sekarang ni ialah 1st


ini ialah ikan rebus goreng..senang je nak buat benda ni
ikan yang dah disiang tu korang letak dalam periuk,masukkan air sikit garam,asam keping & lengkuas
masak atas dapur dengan periuk tertutup & biarkan air tu kering sikit..tapi jangan kering sangat kang hangit plak..lepas masak biarkan lama2 siket sebab nak bagi rasa asam tu lagi menyerap dalam ikan,kalau korang suka rasa masam2 gitu letak la asam keping banyak2

yang ke-2

yang ni ialah sayur lemak pic ni amek dari blog abang mat gebu
cara aku buat sayur lemak ni very the simple la..
blend bawang merah dengan ikan rebus yang telah dibuang tulang ( tak kan nak blend dgn tulang kan)
lepas tu masukkan santan dengan air & bahan yg di blend kan tadi dalam periuk
masukkan sayur yang korang nak (timun,sawi,pucuk ubi,petola what so ever)
kacau jer sampai masak..simple kan

tapi kena la ada menu tambahan kan..ni jangan nak mengaku melayu kalau tak makan


cili with shrimp paste.@ belacan la wey
yang ni malas nak citer sebab feveret dish malaysian kan?
cicah plak dengan timun or apa2 jenis pucuk memang awet muda la kan..

so menu kampung yang paling best bagi aku..gandingan termantop..
lagi mantop dari angelina & brad pitt..erra & ungku imran or apek & dahlia teck

ialah nasi putih + ikan rebus goreng + sayur masak lemak + sambal belacan cicah timun 0r ulam

sape2 yang suka makan cam ni tekan sihat k



Wednesday, September 14, 2011

ceritera aku : perosak lagu

blogger sekarang macam dah tak berapa nak aktif kan
arghh aku dah la tengah stress ni,ada jugak laptop yang nak kena hempuk
ni la orang kata marahkan nyamuk kelambu dibakar
sial je kan

tak pe,ni nak story sikit pasal aku masa sekolah menengah dulu aku suka sangat rosakkan lirik lagu
hobi kot,lagi satu kalau aku cakap sesuatu benda tu member aku suka sangat syak yang ayat aku tu double meaning..haha..aku bukan otak kuning wey

lagu ni memang aku rosakkan dengan double meaning ( admitted okey)
fantasia bulan madu - search
best kan lagu tu memang tangkap leleh,yang aku rosakkan tu part chorus je la
sebab aku tak taw fulll lyrics lagu ni ( betapa malasnya aku nak google)

so original lyrics
bula madu di awan biru
tiada yang mengganggu
bulan madu diatas pelangi
hanya kita berdua
merasa nikmat cinta 
(aku hentam je lirik ni,sori kalau salah die hard fan search jangan hack aku okey)

ni versi aku @ perosak lagu

bulan madu di dalam kelambu
tiada yang mengganggu
bulan madu atas katil baru
hanya kita berdua
merasa nikmat cinta

hahaha..berdouble2 meaning tu kan
aku nyanyi kuat2 masa boys tak der dalam kelas je la
semua member cakap aku ngek!
muahahaha
rilek la der aku nak hilangkan stress korang  study time tu
BEST KAN LAGU VERSI AKU

Sunday, September 11, 2011

ceritera aku,bus & budak umur 6 tahun

kalau korang semua ada cerita dengan pakwe,aku apa kurangnya
aku ada cerita jugak tapi bukan dengan pakwe la
ni ha nak cerita pasal aku dengan bas..muahahaha
tapi yang tak bestnya dah tak berapa nak ingat sangat,mende ni datang mencurah masa aku kat dalam bas semalam dari besut ke kb

aku mula menggunakan bas ni dari zaman aku sekolah menengah lagi,kira nya sekarang ni dah nak masuk 7 tahun la total nye
semalam ada la sorang budak tu baru umur 6 tahun tapi terlebih ramah macam makcik2 plak
bende ni buatkan aku teringatkan sorang budak..hehe aku la tu
banyak mulut tak kira tempat,dia tanya aku banyak bende jugak la
yang common nak pergi mana,dari mana,umur berapa
yang tak common nya dia boleh tanya aku 'akak dah ada pakwe belum'
akak tak make up ke..saya taw mesti akak suka make up tapi hari ni je tak make up
(banyak la kau punyer make up,muka aku ni nak tempek bedak pun susah..memandai jer budak ni)
dia siap komen cara pemakaian aku lagi wey
'wah akak baju purple,tudung purple..seluar jeans pulak tu' senyum2 plak tu
hebak2 budak2 sekarang ni..sentap aku wey
lepas aku pergi bayar tambang kat driver tu bila aku duduk balik dia siap boleh cakap lagi 'kak besar nye peha akak'
aku dengan sebal nya menjawab 'memey ar,tengok body akak la macam mana pulak'
(sambil merujuk kepada body aku yang gemuk ni)
*ada jugak yang nak kena hempuk kan..
lepas tu boleh pulak dia cakap 'tak pe la kak saya pun gemuk jugak sebab makan banyak'
(sambil tunjuk perut dia yang besar)
*nasib kau sedar diri dik..kau tak tau akak ni mulut laser

hahaha..besar nanti agak2 macam mana la budak tu yer
nasib kau budak lagi,kalau tak hempuk jugak budak tu..
*hehe aku gurau jer..walaupun aku kureng suka bebudak ni tapi tak la kejam sampai cam tu
nursing is caring wey...muahahahaha

Saya blogger awesome,anda???

http://4.bp.blogspot.com/-v5uWjXJU2OM/TcLfiMOLdSI/AAAAAAAAAPk/L1ZLeVdhZvo/s1600/cz.jpg





saya blogger awesome siri 2 sebab...





saya tak sempat join blogger awesome siri 1

Wednesday, September 7, 2011

aku pun ada kisah raya jugak la wey

grrr kenapa tajuk berunsur kedengkian ni
ha3..
tak dengki pun..peristiwa pagi tadi buat kan aku mengimbau balik kisah lama aku masa kat sbp dulu
kenapa tak percaya ke aku dulu budak sbp
nak bukti? hak3..apa kes kan,suka hati la kan nak sekolah kat mane2 pon

pagi tadi masa naik van nak pergi pusat haemodialysis otw tu aku nampak sorang budak laki pakai baju melayu kaler hijau mati pucuk pisang (feberet aku tu)
hensem je budak tu maklum la mak suka anak ikan ni
ngehngehngeh..hotak kau
mula2 fikir budak ni nak pergi pertandingan pidato diraja ke kan
lepas depan sikit nampak la dalam 4 orang girls yang pakai baju kurung plak dengan fesyen selendang bonggol unta,kubelit kulilit leherku,kuserabai lawa..tak kurang jugak ada yang pakai bawal biasa jer
baru la teringat 'ada sambutan hari raya rupanya..
then terus ingat zaman sekolah dulu
disini di mentionkan nama sekolah aku ialah
sekolah berasama penuh integrasi batu rakit
nak bagi riak sikit..ko ada ke,saje je lama tak sebut nama tu rindu wey

mende ni masa aku form 3 lepas pmr la kan tahun 2006
kite orang buat la program sambutan hari raya,sebab dah tak der program lain 
tahun2 sebelum haram la nak ada mende ni so aku tak bawak la baju raya ala diva aku kan
semua orang sibuk nak tayang baju masing2
aku mula2 plan nak pakai baju kurung yang biasa pakai buat pergi prep malam tu
tapi cam gampang kan,nak jugak nampak cool kot ada senior nak ngorat ke
hotak kau muka cam _____
STOP aku sedar diri

last aku pinjam baju kawan aku,tapi tu pun bukan baju raya dia
baju berapa tahun lepas ntah,kaler biru siap dengan bawal lagi
so aku pakai la,sekolah aku ni masa tu agak skema jugak la kan,tudung tu tak boleh buat silang butterfly
(tu fesyen paling femes time tu) 
kena pakai straight jer..apa kes la time ni nak skema..bakik rumah la wey
so pakai je,cam budak polos lagi suci pun ada
ramai orang cakap COMEY AR BAJU MUNG,DOK RAJEN NAPOK LAGI MUNG PAKAI BAJU KALER BIRU
muhahahahahahahaha bangga jap,kembang lubang hidung dan segala jenis lubang
erk?
baju orang je wey,bukan baju aku
lagi pun orang puji baju bukan puji aku
ceh..spoil la der
pergi kat meja yang ada biskut raya terus baham sampai terbonkang

Sunday, September 4, 2011

beza singgit dulu dengan singgit sekarang

semua orang tengah sibuk post entry pasal raya
disebabkan raya aku tak segempak korang semua so aku bagi entry yang menongkah arus
muahahaha
memperasankan diri adalah hobi aku sejak dalam rahim lagi

amacam raya korang? mesti gempak kan
dapat duit riban2 punyer lah
aku?arghhhh raya sekarang dah tak best sebab tahun ni aku dapat rm5,last year dapat gak rm10
sadis kan..sebab tu la aku tak nak kongsi pasal raya aku walaupun aku dengki tengok blog2 yang aku follow duk sibuk post gambar suasana la,baju baru,selendang berbelit..
ok STOP

so aku buat keputusan nak buat entry pasal duit singgit
singgit tu kira yang paling minimum la orang taruk dalam ang pow sekarang ni kan
ke korang ada dapat syiling lagi..agak kedekut di situ ye semua
singgit sekarang ni apa sangat yang boleh dapat kan
time aku kanak2 ribena dulu dengan singgit tu dapat beli mamee monster tu 5 paket taw
sekarang ni dapat 3 paket,lebih seposen buat beli gula2 untuk melawakan gigi yer

kalau dulu pergi sekolah,kalau yang mak bapak bagi singgit tu dah dikira kaya la,ye la kan aku kan orang kampung,sekolah kat kampung..faham2 je la kan macam mana
*hotak kau,sekarang dah moden okeh,tak der beza bandar dengan kampung
kalau kat kantin tu dapat beli nasi lemak 50sen,air 30sen
balance 20sen tu kadang2 simpan tapi kebiasaanya beli gula2 la beb
masa tu mana nak pikir masa depan lagi

sekarang ni adik aku yang darjah 1 dah tak nak pergi sekolah kalau bagi singgit
kaw2 nak 2 hengget tiap2 hari
*ngada2 ko ye,aku dulu makan penampau agak nye

habis dulu punyer hal,sekarang ni dengan singgit kalau kat area kelantan dengan besut ni
biasanya boleh dapat air teh o ben je
*teh o ais okeh..jangan nak membongak pulak buat tak taw..hempuk kan
kalau kopok lekor dulu boleh dapat 10 batang sekarang ni 5 je beb..dah la perut aku besar
5 batang tu sekadar melekat kat celah gigi jer wey

aiskrim poli pun dah 20sen gak
semua benda dah mahal kan..menyesal dulu tak beli banyak buat stok sampai sekarang
*apa ko ingat benda tu tak expired
sebenarnya benda ni di tulis agar mak bapak aku faham kenapa aku selalu jer tak cukup duit
muahahaha
ni la sebab nye..perut besar.makan pun kena la banyak ye dak?

tu je..ni ada singgit dalam poket besok nak pergi beli gula2 50sen
lagi separuh masuk tabung 
*sila percaya sepenuh hati bahawa aku menabung