Sunday, September 25, 2011

tidur & aku memang tak dapat dipisahkan

entry bertajuk jiwang tapi tak..wek!
apa kes nak jiwang2 kat sini,malu la aku korang bace tambahan pulak aku risau gak geng2 stalker aku tengah baca post ni kan,nanti bila jumpe tadah telinga je la
hehehe
sebenarnye nak buat entry pasal tidur memang tak dapat dipisahkan dengan aku..idea ni datang tadi masa aku kantoi dengan c.i aku kat 1 bilik kat dalam wad tu..teheee
so nak kasi tau memori tidur aku la ni

1.tadi kantoi tidur dengan madam aku,bila masa dia masuk dalam bilik tu pun aku tak perasan..bilik ber aircond + pkai sweater perghhh terbaek

2.masa form 1 tahun 2004 aku pernah tertidur masa exam geografi,setengah jam je jawab lagi 45 minit tidur,
dah la aku tak siap jawab,ada dalam 20 soalan lgi..member aku kat tepi dah kejutkan tapi aku tak sedar,bila cikgu nak kutip kertas baru aku bangun,nak jawab apa lagi tembak je la kan
dah la aku tembak tak cukup 5 soalan..sial betul time tu

3.hari tu,dalam minggu ni jugak aku tidur atas bas masa otw pergi hospital..bus dah berhenti depan jejantas tapi aku tak rasa pun,sampaikan member aku pergi nak kejutkan baru aku sedar..teheee
nasib orang tak perasan sangat

4.masa form 5 tahun 2008.kelas bm..aku ingat lagi cikgu salmiah yang mengajar..dia suruh buat apa ntah
aku angkat tangan,mintak pergi tandas..lepaskan hajat then nampak kerusi kat tepi sinki (sinki tu bersih la,tandas tu besar siap ada bilikair lagi,mak cik cleaner sekolah aku rajin okeh) aku tidur kat situ dalam 20 minit jugak la,tu pun sedar sebab member dari kelas sebelah masuk tandas

5.aku akan kira berapa jam aku akan tidur sebelum tidur waktu malam,kalau siket sangat tidur aku dah plan bila nak top up kan tidur tu

muahahaha


2 comments:

  1. haha. kalau kerusi kat tandas tak bersih, agak2 tidur jugak tak? ;p


    kalau tido tym hujan lagi masyuk. makin tarik selimut tu ha. ;)

    ReplyDelete
  2. ha3..kalau kerusi tu tak bersih gak mknenya kena basuh muka then masuk kelas la
    yang tu mmg pergh terbaek!

    ReplyDelete