Saturday, November 26, 2011

old stuff doesn't mean i'm old

omaigad omaigad tajuk omputih bagai der..perghh! tapi entry in bahasa jer,nak taip full english kan dah lama tak buat,last maybe masa aku amek MUET masa kat matrik dulu kot,after that dah tak buat
giler apa nak aku duduk kat meja study sorang2 amek foolscap paper,blue pen and start writing an essay..memang tak la kan,karangan BM pun last buat masa SPM la,ni kalau tanya penanda wancana,metafora.smiley,hiperbola mau terlentang nak cari semua tu..dem,gua dah tak ingat

tu bab karangan bm & bi,tak sentuh lagi sejarah..bila parameswara buka melaka,apa nama islam dia,kalau tanya kenapa dinamakan melaka boleh jugak jawab sebab ada pelanduk yang tendang anjing buruan baginda semasa baginda sedang berehat di bawah pokok melaka..eh pelanduk ke kijang,potong markah tak
time cam ni rasa nak loya buruk,cuba bayangkan kalau dia berteduh bawah pohon jambu ke durian ke would the state will be negeri jambu or negeri durian..ha3 okey tak lawak sebab aku persendakan sejarah

math & add math pun dah kureng,eh 6x4 berapa r..kena stop jap untuk fikir answer padahal dulu semua tu kat celah gigi je jawab,on the spot..tapi formula circle ingat lagi la,nilai pai pulak 3.142..ok la tu kan dah dua tahun tinggal..yang lain konpom fail

cuba tanya pasal chemistry,physics
periodic table dah tak ingat tapi grup one kalau nak menyebut lithium,sodium,potassium still ingat sebab kan ada experiment yang nak kena masukkan bahan ni dalam baldi yang ada air lepas tu kita akan observe reaction slow or fast,time tu tengok je la dengan penuh eksaited..kenapa jadi cam tu aku dah tak ingat..and kalau korang suruh aku kira voltan bagai,macam mana nak buat 1 litar biar lampu menyala alamak bergelap lah semua tak pun kena kejutan eletrik..hehe seyes aku lupa

kalau pai pulak..dah banyak hukum yang tak ingat..tapi kalau rukun haji aku ingat lagi sebab aku yang create kan formula tu dalam kelas..biasa la petua cepat mengingat ni sesuai di reka oleh loyar buruk sebab nya hehe..rukun haji ialah niat,wukuf,tawaf,saie,cukur,and tertib..eh betul tak,rasanya dah betul.kalau salah tolong betulkan..cara nak ingat amek huruf depan and buat 1 ayat.
ayat versi aku : nok buat tok se ci ti
see..senang je kan

1 je yang aku akan ingat and maybe boleh lulus la kalau jawab balik ialah bio..ye la sambung dalam nursing bio je la yang ada dari kesinambungan sekolah dengan matrik dulu..chemistry ada jugak tapi tak mendalam just hafal nama2 ubat jer sebab aku bukan pharmacist..kalau nak tanya flow darah tu still boleh jawab,medulla oblongata,neurotransmitter,cell,hypothalamus,erythropoietin,distal convoluted tubule,proximal convoluted tubule,tu boleh jawab..hehe

macam dah tua je kan..padahal amek spm tahun 2008
tapi hakikat nya umur meningkat..semakin banyak kita belajar semakin bodoh kita.ni kata2 dari imam apa aku tak ingat

apa2 pun selamat menyambut maal hijrah..

taken masa nak pulangkan jubah ni..budak bilik aku

yang ni last experiment untuk subject chemistry..tengah buat sabun tu


dengan guru kelas sir naiman and rakan seperjuangan

weeehuuuu




Thursday, November 24, 2011

candid time contest

Assalamualaikum peeps..
tetibe semangat nak join contest lagi sebab ianya contest candid..kan dah menang hari tu hehe mana tahu ada rezeki lagi tuhan nak bagi kan..sebelum tu jampi2 dulu siket..ngeh3





ok ni gambar yang nak masuk contest ni
taken masa raya haji hari tu,ni memang gambar candid ye kawan2 sebab saya tak tahu menahu pun pasal gambar ni,bukak2 je fb dah terpampang kat wall,see my friend tengah senyum sebab aku tengah tunjukkan simbol angry birds kat diorang,rupa2 adik kawan aku snap,anyway aku sebagai peminat gambar candid tegar teramat lah menyukai gambar ni
harap dapat pikat hati juri
har3

so nak tag
1.budak kampung a.k.a haris
2.cik tin





Tuesday, November 22, 2011

selsema.baby.gulai ikan.menang contest

oh yeay..at last after 3 days dapat jugak aku online
busy teramat,tak nak tanya ke kenapa..k fine,aku tak femes

1st : selsema
ok,aku tengah selsema ni,semua ni member aku punyer pasal.aku terkena virus infection dia la ni
air hidung aku keluar lalu mencurah curah ke ladang gandum
lepas tu jadi la hingus krunch..hak3 geli tak  for sure tak kan

2nd : baby
this is not about khinzir (babi,lembut je kan sebut khinzir)
this is about baby-justin bieber,disebabkan aku selsema so aku makan la pcm & antibiotik
lepas tu before aku pergi klinik aku pergi la kat kedai tujuh sebelas @ 7 11 sebab nak beli air
aku amek la revive lepas tu halls blackcurrant ( harga tak ingat sebab aku bukan perancang ekonomi )
masa kat counter tu tiba2 kedengaran la muzik lagu baby tu,ada 3 orang : aku,seorang mamat yang pakai kemeja dan beli air kotak,and seorang pak cik around 50-an yang beli rokok
korang agak2 bunyi ringtone sape,abang yang beli air tu muka selamba
aku muka demam ( nak mintak penampar,hidung merah cam badut )
*ringtone senyap
pak cik tu bayar,then baru la turn aku..abang yang beli air tadi dah blah
*ringtone bunyik sekali lagi
haha sekali pak cik tu yang angkat..mesti anak dia yang buat ringtone tu..die hard fan justin bieber tu,har3

abang cashier : nok plastik dok
aku : nok jugok,takpo2 biar sayo bubuh sediri
abang cashier : saye ingat telepong awok tak di bunyi lagu baby
aku : haha saye dok maju gitu lagi abe,pok cik ganah lagi dari sayo

abang tu senyum jer..hihi,pikir benda sama dengan aku la tu

see..pak cik guna ringtone baby..dia lagi cool dari aku

3rd : gulai ikan

erm aku dah tak ingat dah pasal apa..dah nyanyuk
dem i'm still young


*oh ye btw aku menang contest creative candid time with buddies anjuran shahmin & linda tempat ke 3 k my frens

ni link entry yang menunjukkan aku menang : http://28shahmin.blogspot.com/2011/11/keputusan-ccwb.html



macam biasa korang kan tahu aku tak pandai nak buat klik sini and terus pergi sana
har3




Friday, November 18, 2011

kenapa kena peluk pakwe kuat-kuat bila naik motor dengan diorang?

well aku tengah praktikal kat k.terengganu ni..2 minggu
tapi damn tempat posting boring giler vavi,dengan madam yang 'bolok serok & kuca hanya'
oh plis la cari madam yang lain.di umur sebegitu baik duk umah jaga cucu & tambahkan amal je la
grrr dah termengumpat orang pulak

aku selalu tengok perempuan zaman sekarang ni keluar rumah sampai lewat malam,well aku pun camtu tapi aku keluar dengan member perempuan aku

yang aku nak tulis ni pasal yang keluar dengan pakwe,bukan tak nak kutuk yang keluar dengan kereta
tapi kita tak nampak apa yang diorang buat dalam kereta,kalau yang dengan motor ni sudah terang lagi bersuluh dengan lampu jalan & spotlight

tahu la korang ada pakwe,aku takde ( ye aku loser + loner )
ada aku kisah

asal naik motor dengan pakwe je mesti peluk kuat2..nak tunjuk lagak ke ko boleh naik motor dengan pakwe & aku tak boleh,.nak kata seat motor tak muat sememangnya muatan untuk 2 orang,naik pun 2 orang
tapi duk rapat2 macam naik 5 orang

tak pun nak bagi pakwe rasa korang punyer nasik lemak 5posen korang..lepas tu mula la 'adik' pakwe korang bangun..kan dah susah nak tidurkan balik

tak pun korang takut korang jatuh atas jalan,ye la kan pakwe ko bawak motor cam pelesit,.bimbang korang terbang melayang so pegang la kuat2..takut nanti bila sampai kat destinasi pakwe ko plak
'eh mana awek aku,mapuh doh la jatuh tengoh jalan'
ke guane,sape wak naya

oo lupa plak kalau naik motor ni mesti sejuk,almaklum la aircond semula jadi..cool giler
mesti la kena peluk sebab nak transfer heat,nanti tengok2 je pakwe korang dah beku..dah tak boleh nak manja2 pulak kan

aku bukan nak mengutuk sangat la,tapi bila tengok pemandangan tu rasa macam malu pulak sebagai seorang perempuan ni..aku jugak bukan demand nak kan orang yang berkereta
tapi pandangan orang tu macam dah serong,kalau korang naik tak peluk rapat2 orang takkan tengok pelik
tapi bila yang rapat macam tak der ruang nak bernafas tu yang menjadikan benda tu pelik

conclusion nye memang tak der conclusion
masing2 ada hak masing,nanti ada plak yang ' cakap mak bapak aku tak marah ko kesah apa? '


kepada korang yang sentap aku mintak maaf
peace no war

Monday, November 14, 2011

Saturday, November 12, 2011

ada apa dengan 11.11.11? (jakun)

ada apa dengan 11.11.11 ni..kat fb aku tu kecoh giler dengan date ni macam la spesel sangat kan
tak faham aku..cam sial kan

rasanya tahun lepas masa 10.10.10 tak da la plak nak heboh cam ni kan..date 10.10.10 ni memang sial la bagi aku,time tu aku praktikal kat terengganu kena pergi interview untuk temuduga spa nak jadi nurse konon2 nak masuk kerajaan pulak dapat banyak sikit..dengan muka yang tak seberapa ni pergi la interview berbekal kan sijil yang cukup2 makan dengan semua subjek kredit..tapi itu tak cukup..aku tak der kabel besar
tapi life is life and money is money..lain la kalau korang pergi tu dengan kabel besar konpem2 dapat
kalau boleh interviewer tu nak semua anak,anak sedara,anak jiran,anak ketua kampung & yang bau2 bacang dengan dia je yang masuk,heh damn tapi tu cerita tahun lepas punyer

ni nak cerita 11.11.11..tahun depan kalau panjang umur nak cerita pasal 12.12.12 plak
aku gi makan mcd (aku g mcd wey,kau ada?)..sori la aku bukan seperti blogger lain menulis disertakan gambar pakai phone cokia giler,dslr jauh sekali
so dengan ihsan google 
ll

ll

ll

ll

ll

ll

ll

argh google memang tak memahami..saja tak nak bagi aku mendera perut korang semua.line plak macam snail pig.tak pe just imagine je la,aku order set yang latest tu chicken classic apa ntah..ah lantak la tak kan la nak korek tong sampah nak cari menda tuh kan..plus chicken porridge yang dah lama aku mengidam
kalau korang baca blog aku dari dulu korang akan tahu betapa jakun nye aku kan..apa yang cashier tu tanya semua aku jawab 'ho' hahaha
lepas kawan aku tengok apa aku dapat dia pun terkejut

rupa2 nye cashier tu tanya 
nok tukar coke denge air lain dok?
x se ( ni 1 jah aku royak tok se)
nok gelas besar ko?
ho
nok fries pon besar ko?
ho
nok chicken porridge pom besar jugok ko?
ho

see! ho blako..ho tu mean yes okeh
macam mana la aku tak dapat set besar..aku 'ho' kan jer.tak berapa nak dengar pon hahaha
memalukan? ada wa kesah? kenyang perut wa

ni ada yang lagi jakun
ada la 1 sachet kecik tu plastik tulis 'cheese shake'  i thought kena makan dengan burger la kan cheese tu tapi apesal nama 'cheese shake' kan..macam ada yang tak kena jer
ada bagi 1 beg kertas kecik kaler putih,yang tu aku ingat 'owh kalau fries tak habis boleh bawak balik dalam paper bag tu,tak yah mintak plastik kat kaunter'

then kawan aku tanya
 kenapa tak shake cheese tu?
aku :  la nak shake dengan apa?
ala shake dengan fries la..
aku : hah?
kan ada bagi paper bag putih tu,ko shake je la cheese tu dalam tu
aku : oh ye ke..jakun nye,malu3x

ooo baru taw function cheese shake dengan paper bag kecik tu..

*serius lepas shake dengan cheese tu rasa fries lagi best ( penggemar cheese tegar )
segala dialog percakapan telah ditukar untuk meningkatkan pemahaman penceritaan aku
bau budu wey kalau aku betul2 cakap cam tu..duk klate kecek klate r boh,tak yoh tunjuk kl demo r sini
hakhakhak

kenapa gataltangan91.blogspot.com

owh dalam entry yang lepas aku ada cakap maybe blog takkan di update untuk jangka masa yang lama
but
damn..tangan ni sentiasa gatal nak menaip.nama pun blog gataltangan91.blogspot.con
kenapa gataltangan91 aku punye url..kerana dengan tangan ini lah aku meluahkan apa yang tak terluahkan dengan mulut,kalau tangan ni tak gatal nak register blog ni maka tak da la blog yang ntah hape2 ni kat sini

sori la dalam entry lepas ter'emo' sikit bukan apa otak yang berfikir lalu meng'send' arahan kat tangan melaui neurotransmitter agar tulis macam tu
1st aku berblog dulu atas dasar niat nak suka2 je,tapi bila tengok ramai je blogger yang ada follower riban2 tiba2 je rasa nak jadi cam tu jugak,ye la kan sape yang tak nak femes..nak nyanyi suara macam katak
nak berlakon keras cam batu,almaklom la muka pun tak der iras2 fasha sandah..body pun tak hot cam dia
kalau hot cam dia boleh la pakai fesyen berkemban & dedah belakang tu
jangan cakap korang tak tengok dia pakai camtu
ingatkan boleh femes la dengan menulis ni..rupa2 nye baru aku sedar bakat menulis pun tak seberapa
alahai!
setelah post sana post sini,leave link kat sana,leave link kat sini
follow tips tu,follow tips ni
masih nak menjadi & when its become to a turning point aku NAK BERBALIK PADA ASAL USUL TUJUAN BERBLOG
no more mencapub or those thing kejar2 follower..tulis je semahunya..kalau follow mekaseh
kalau tak nak sudah!..harharhar
apa yang aku merapu lagi ni..sekarang ni bukan giler glamer tapi giler keyboard nak menaip dah almaklumlah nak chat dengan pakwe..pakwe takder
sila cakap aku LOSER..

muka yang tak diedit lansung..penat wey gotong-royong bersihkan kota bharu


*tangan jer yang gatal...tuan punyer tangan tak gatal,cuma bila kena 'ketik' nyamuk ngan semut gatal,gatal la tuanya,menggaru bagai tak cukup tangan sebab gatal*

Tuesday, November 8, 2011

randoms : entry ni MAYBE yang last

hurm aku tak taw nak tulis apa2..lepas entry ni maybe aku akan menyepikan diri untuk jangka masa yang lama
semoga tak ada orang yang merindui blog aku..betul la kata orang nak berblog ni hati mau kuat tapi sori
damn aku fail!

tak perlu  tahu kenapa aku frust sangat dalam berbloging ni nanti orang cakap aku mencapub pulak kat sini
pergi nya aku ini untuk menjadi seorang yang lebih kuat berbanding sebelum ni
aku tetap akan baca blog korang
biarkan aku meneruskan realiti dunia daripada berada di alam maya

disini aku ingin memohon maaf kepada semua orang 
ye la kita tak tahu kalau ada orang terasa dengan kita kan...sorry for everything
akhir kata Assalamualaikum

Sunday, November 6, 2011

CONTEST 3 ini 1 with Aini

tetibe rasa nak join contest sebab hadiah tu menarik
coklat tu wey..sape yang tak nak


macam biasa korang tahu aku tak pandai nak buat tekan sini
so tak yah taip banyak2..

ni gambar nye


stylo tak gmbr ni..1st time ni tunjuk..tak pernah bagi sape2 pun tengok
ni sebab nak coklat punyer pasal..bhahaha
amacam?
stylo kan..

kena tag 3 orang..so nak tag 
*sharifah zakiah
*insidous
*gugugagachokelatcinta


done...




kita semua geng!

selamat hari raya aidiladha semua
di kesempatan ini aku nak mohon maaf la semua ye
banyak ke makan daging? wa tak makan daging beb..
time ni la orang makan daging wa makan ikan kering.sobs3 dah nasib wa macam tu
padan muka wa sape suruh tak makan daging..

time ada perayaan cam ni la aku boleh jumpa kawan2 sekolah dulu,almaklumlah masing2 dah duk jauh
kawan aku ni fatin dah sebulan lebih rasa nye balik dari mesir tapi hari ni baru dapat jumpa nasib la ada hari raya ni kan..wa kan sibuk masuk wad..

lama tak jumpa dah setahun..kami semua ni best friend dulu..makanan diorang aku tolong habiskan dulu2
hahaha..hasilnya seperti hari ini la tengok aku

mempersembahkan empat gadis single


dari kanan : aku.eka,fatin,ira
ni je la yang dapat jumpa..korang tengok muka aku cam jongang je gigi..eka plak dah ternganga..fatin yang konon2 candid ( waklu) & ira yang ayu gelak pun tutp mulut ( paling ayu among kite orang )



korang tengok muka aku..tu aku tengah tunjuk kat diorang simbol angry birds yang di ajar oleh ayeem ayam..moncong aku teramatlah lawa..caih..
jatuh saham aku sebab gambar ni dah siap upload kat fb dah..err lagi pun kalau aku letak gambar yaang perasan cun pun tak da orang nak jugak..hahaha

anyways dah nak masuk berapa tahun eh kita jadi best fren agak2 dah 6 tahun dah
happy sangat dapat jumpa korang semua..hopefully akan ada pertemuan yang lain selepas ini

Friday, November 4, 2011

kisah lucu boleh jadi sedih ?

Assalamualaikum..
menaip entry ni di malam jumaat yang sunyi tatkala orang sedang tut..
aku sensorkan kat situ..aku jarang sangat cerita benda yang aku buat kat blog sebab teramat pasti lagi yakin tak ramai yang nak tahu pun kan..tapi izinkan aku nak cerita 1 benda
pelik sikit la mula2 lucu ( memang kelakar wey ) but in a few minutes jer dah jadi sadis
lagi sadis dari banjir kat bangkok..menda ni kat malaysia wey

1st yang korang patut tahu sekarang ni aku sedang posting dekat HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB 2 KOTA BHARU...wah! huruf besar lagi,minggu ni syif pagi dekat wad melati tingkat 5
around 9.45 am kite orang dah boleh pergi makan pagi dah kat kafe hospital..aku pergi 3 orang
erm aku rasa tak yah la nak ulas panjang lebar aku makan apa kan..boring je

lepas makan minum semua masa otw nak naik lif untuk balik ward tu nampak la sorang budak tu
jangan salah faham dengan aku,bukan nak menghina tapi nak jelaskan lagi keadaan yang berlaku
pakai baju kurung biru,kat tangan dia ada selendang kaler apa aku tak ingat,rambut dia macam dah kena karen..masa aku nampak tu dia tengah lari tapi pecut la 
so aku dah gelak dah tapi tak kuat la sebab dalam area hospital lagi 1 aku on uniform kena la jaga profession aku walaupun still student sebab lucu sangat
bila dia melepasi aku je dapat la 1 bau macam sampah,then aku intai la sekeliling nak tengok mana lah tahu kot2 ada pekerja radicare yang tengah bawak sampah tapi eh tak der pulak

tak lama dalam 30second la ada 2 orang guard yang lari so aku suspect dia kejar budak tadi
masa tengah tunggu nak naik lif tu aku pun tanya la pak guard apa kes tadi tu
pak guard tu cakap budak perempuan tu umur 12 tahun,asal dari bachok,dia budak terbiar & bau busuk tu datang dari dia
ok fine..tak terkejut
pak guard tu pun cakap lagi budak tu pregnant
ok fine..memang terkejut!
kesiannya budak tu,dia tak boleh admit dalam hospital.aku tak tahu sebab apa
sape la yang rogol budak tu,ni la bila manusia dah bukan manusia..
sedih bila ingat kat dia

one more thing lepas habis syif pukul 2pm aku tak balik hostel dah
terus pergi kat stesen bas sebab nak balik kampung cuti raya..aku lalu la satu lorong kira macam jalan pintas la dengan member aku..apa yang buatkan aku terkejut
aku nampak budak perempuan tadi tu dengan member dia duduk dalam sampah
kesian budak tu..macam mana la nasib dia
anak dalam kandungan dia lagi..tak da pihak berwajib nak bertanggungjawab ke?

Wednesday, November 2, 2011

tag ke 2

hohoho di tag kali ke 2 dalam hari yang sama..tak berapa nak faham sangat sebenarnya

so ni nak jawab ni..hehe

1. Berapa nama panggilan yang kamu ada . bagitau la ?
banyak..erm nor,saadah,nono

2. Masih belajar atau sudah bekerja ? kat mana ye ?
belajar lagi,dip in nursing kat masterskill kota bharu

3. Apa makanan dan minuman kesukaan kamu ?
banyak sampai tak cukup 1 pages nak jawab

4. Apa cita cita kamu semasa kecil ?
pelakon

5. Korang rasa best tak bila menjawab tag ini ?
boleh la

6. Kalo kamu ada masalah kepada siapa kamu luahkan ?
Allah & my friends

7. Apa perkara pertama yang kamu lakukan apabila bangun tido ?
lipat selimut..

8. Apakah lagu kesukaan kamu ?
need you travie mc coy

9. Apakah warna kesukaan kamu ?
purple

10. Apakah nombor kesukaan kamu ?
4

11. pendapat kamu tentang belog dan ownernya ?
rajin make up kan blog..lawa blog awak

first time di tag

huhuhu 1st time di tag oleh blogger lain..biasanya baca tengok kat dashboard asyik2 yang femes je kena tag
so join la sebagai tanda sokongan kepada blogger ni
tapi sori ye cik insidious..saya tak berapa nak faham sangat..so saya jawab soalan dari awak je
memandangkan saya tengah praktikal dekat hospital so tak banyak masa nak menghadap blog ni..sori yer awak


Apa pandangan anda tentang blogger lain?
ok la..ada blog yang best ada jugak yang tak

Dalam adik beradik, paling  rapat dengan siapa?Sebab?
dengan abang yang sulong sebab beza 7 tahun dengan adik

Apa pandangan anda terhadap remaja zaman sekarang?
ramai yang sesat & lalai..ada jugak yang tak tahu menjaga maruah..tapi bukan semua la & kepada yang berada di landasan yang betul tu tahniah

Apa pandangan anda tentang realiti tv Ustazah Pilihan?
sangat bagus..boleh melahirkan ramai cerdik pandai

Kalau esok ada panggilan jihad untuk menegakkan Islam (berperang)..anda sahut tak?
mestilah..sebagai seorang student nurse saya boleh menggunakan pengetahuan saya untuk merawat mereka yang tercedera di medan perang

Apa yang dapat anda lakukan untuk membuktikan nama anda layak untuk diri anda?
nama saya noor sa'adah means that cahaya kebahagiaan..saya sentiasa gembira walaupun ada masalah & saya sentiasa gelak

Ciri-ciri wanita/lelaki idaman?
mestilah seorang yang cukup solat 5 waktu,boleh membimbing, serta mempunyai pekerjaan yang tetap yang boleh menanggung keluarga

Apa tujuan anda belajar?
untuk mencari ilmu & mendapatkan pekerjaan

Mana yang betul? Belajar sebab nak pandai atau sebab nak buang bodoh? Sebab?
belajar sebab nak pandai la..sebab nak explore ilmu banyak2

Kalau diberi peluang untuk membuat satu permintaan, apakah permintaan anda itu?
menjadi anak yang diredhai ibu bapa

Laz,,jujur tak jawab soalan kat atas tu??hehe
tersangat jujur..saya tak suka menipu

Tuesday, November 1, 2011

contest shahmin & linda : creative candidwith buddies

memandangkan blogger shahmin ni dah jemput so aku pun join la untuk memeriahkan contest ni
alang2 mana tahu boleh menang hadiah kan..swift sebijik ke
mana la kita tahu kan? muahahahaha
maksimum boleh letak tiga gambar je okeh..so ni la gambar2 yang nak masuk contest ni




candid tu bagi aku gambar tu di capture tapi tuan dia tak tahu..so ni picture aku dengan member masa kite orang buat sukaneka kat kolej..harap bertuah la ni..
fuh kanan fuh kiri.mintak la menang
muahahahahahaha : D