Friday, November 4, 2011

kisah lucu boleh jadi sedih ?

Assalamualaikum..
menaip entry ni di malam jumaat yang sunyi tatkala orang sedang tut..
aku sensorkan kat situ..aku jarang sangat cerita benda yang aku buat kat blog sebab teramat pasti lagi yakin tak ramai yang nak tahu pun kan..tapi izinkan aku nak cerita 1 benda
pelik sikit la mula2 lucu ( memang kelakar wey ) but in a few minutes jer dah jadi sadis
lagi sadis dari banjir kat bangkok..menda ni kat malaysia wey

1st yang korang patut tahu sekarang ni aku sedang posting dekat HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB 2 KOTA BHARU...wah! huruf besar lagi,minggu ni syif pagi dekat wad melati tingkat 5
around 9.45 am kite orang dah boleh pergi makan pagi dah kat kafe hospital..aku pergi 3 orang
erm aku rasa tak yah la nak ulas panjang lebar aku makan apa kan..boring je

lepas makan minum semua masa otw nak naik lif untuk balik ward tu nampak la sorang budak tu
jangan salah faham dengan aku,bukan nak menghina tapi nak jelaskan lagi keadaan yang berlaku
pakai baju kurung biru,kat tangan dia ada selendang kaler apa aku tak ingat,rambut dia macam dah kena karen..masa aku nampak tu dia tengah lari tapi pecut la 
so aku dah gelak dah tapi tak kuat la sebab dalam area hospital lagi 1 aku on uniform kena la jaga profession aku walaupun still student sebab lucu sangat
bila dia melepasi aku je dapat la 1 bau macam sampah,then aku intai la sekeliling nak tengok mana lah tahu kot2 ada pekerja radicare yang tengah bawak sampah tapi eh tak der pulak

tak lama dalam 30second la ada 2 orang guard yang lari so aku suspect dia kejar budak tadi
masa tengah tunggu nak naik lif tu aku pun tanya la pak guard apa kes tadi tu
pak guard tu cakap budak perempuan tu umur 12 tahun,asal dari bachok,dia budak terbiar & bau busuk tu datang dari dia
ok fine..tak terkejut
pak guard tu pun cakap lagi budak tu pregnant
ok fine..memang terkejut!
kesiannya budak tu,dia tak boleh admit dalam hospital.aku tak tahu sebab apa
sape la yang rogol budak tu,ni la bila manusia dah bukan manusia..
sedih bila ingat kat dia

one more thing lepas habis syif pukul 2pm aku tak balik hostel dah
terus pergi kat stesen bas sebab nak balik kampung cuti raya..aku lalu la satu lorong kira macam jalan pintas la dengan member aku..apa yang buatkan aku terkejut
aku nampak budak perempuan tadi tu dengan member dia duduk dalam sampah
kesian budak tu..macam mana la nasib dia
anak dalam kandungan dia lagi..tak da pihak berwajib nak bertanggungjawab ke?

1 comment:

  1. hm... kesian kat budak2 cmtu...
    memang takde ker pihak yang bertanggungjawab... hm...
    sedih fikir...

    ReplyDelete