Tuesday, December 27, 2011

korang tahu tak kenapa sekarang ni hujan lebat

rajin pulak nak update berturut2 sebab berukband dah nak kena potong,tak de duit nak bayar maklum la musim hujan tak boleh nak pergi menoreh,padi pulak dah tenggelam dek banjir..banjir2 makin teruk pulak

korang perasan tak sebab apa banjir teruk.adakah sebab hujan lebat?
then tahukah korang kenapa hujan turun dengan lebat nya sekarang ni,memang la ni musim hujan,tapi ada sebab nya

bukan sebab katak yang panggil hujan

bukan jugak sebab aku tengah nyanyi

kata2 tu kan 1 doa,so sebab nya adalah kan beberapa orang artis yang releasekan song yang ada kait mengait dengan hujan.diorang ni tak reti lansung nak timing

1.pitbull ft marc anthony : let it rain over me
2.bruno mars : it will rain
3.selena gomez : a year without rain
4.adele : set fire to the rain

semua lagu sebut 'rain' so cam mana la tak hujan kalau 1 dunia duk nyanyi & dengar lagu ni

Monday, December 26, 2011

sebelum aku kahwin

sinis!
tu aku punya pendapat bila berkait dengan kahwin,tak bermakna aku tak nak kahwin but the time hasn't come yet.kalau tak kahwin kan nabi tak nak mengaku umat plak kan..tak nak la camtu

aku selalu cakap kat parents aku yang aku nak kahwin
'sedap tak lauk orang masak ni,kalau sedap orang nak kahwin la'
'best tak biskut ni,kalau best dah boleh kahwin la'
'sejuk nya,ni kalau kahwin ada jugak  orang yang peluk'

then mak aku cakap aku ni anak dara yang tak tahu malu,hehe..kesian mak aku dapat anak cam ni.anak dara dulu2 mana pernah nak cakap selamba dengan muka tak malu cam aku..well mak,orang memang tak malu cakap cam tu sebab orang bukan betul2 nak kawen pun,kalau dah betul2 tak der la nak cakap dengan selamba jer

hari tu ada la seorang kenalan baru tanya aku kenapa aku tak kapel so alasannya senang : tak der orang nak aku (loser),then dia tanya aku tak nak kahwin ke? jujur la cakap aku tak nampak diri aku ke arah tu (perkahwinan) for now,hello i'm just turn 20 banyak lagi benda yang aku nak pikir & buat sebelum kahwin..aku nak ada ijazah sebelum aku kahwin,sekarang ni diploma pun aku ada lagi setahun..then lecturer aku cakap kalau nak jagi nurse yang hot (means banyak offer) kerja dulu 3 tahun then baru sambung degree,time tu la banyak hospital cari kita.

kira2 kalau aku murah rezeki and everything flow smoothly dalam umur 28 baru boleh dapat degree,so how?
aku target 27 but tu just my plan la,kita tak tahu hari mendatang cam mana..kot dah tertulis aku kahwin tahun depan ke kan..haha mintak dijauhkan

satu impian aku one day aku nak bawak motorbike,aku memang minat giler la..even kalau nampak motorbike lalu kat tepi aku automatik akan jadi amazed..arghhh nak sangat2 wey,so sape laki aku kena faham mende ni.haha macam la aku laku kan

aku nak la jugak biar parents aku dapat merasa duit aku,sebab aku dah banyak habiskan duit diorang sampai kadang2 malu nak mintak,doakan aku agar tak jadi anak derhaka sebab aku takut sangat jadi macam tu kang tak cium syurga pulak

hensem tu tak penting sebab si hensem & si cantik tak semestinya end up with happily ever after kan,sebenarnya banyak sangat yang aku nak tulis bila sebut pasal kahwin ni..
jodoh tu Allah dah tetapkan,tapi kita jugak kena berusaha tapi sekarang ni aku tak nak usaha lagi
one day la..

so untuk sesape yang aku dijadikan daripada tulang rusuk beliau,don't worry one day i'll find u..hakhak
serius tak lawak


Sunday, December 25, 2011

korean must watch variety show : running man

dah tak berapa nak ghairah update blog sekarang ni..busy sikit dengan aktiviti seharian,since baru masuk sem baru ni anatomy dari sem 1 & 2 dulu nak kena cover balik,so usaha aku is nothing..haha hanya insaf 2 jam selepas dapat result previous sem,still tak berubah perangai bughok ni,nyah kau dari tubuh aku *apa de hal

sekarang ni tengah cuti krismas so tadi tu hanya alasan untuk terus hidup,so di kesempatan cuti seminggu ni aku melayan la 1 variety show ni running man,fyi actually aku tak layan korea and i'm into my girl,full house,coffee prince or somewhat but dulu ada la aku layan variety show korea ni exploration human body ala yang group super junior tu,so aku ingat lagi la sape group member diorang.now aku telah dipengaruhi & mempengaruhi diri aku sendiri untuk menonton running man ni..orang dah masuk episod 74 aku baru nak terkial2 nengok episod 1 (loser)

bagi aku rancangan ni kena masuk list must watch,1st episod yang aku tonton episod 2,time tu diorang main kat suwon stadium..gelak terbahak2 non stop and i don't have time to close my mouth..memang tak beradap,kalau kebetulan ada mak cik yang tengah cari calon menantu untuk anak dia passed by aku secara automatik akan terkeluar..tak senonoh sangat

aku punya feveret ialah kang gary sebab he seems to be cool all time,gaya dia pun macho sebab aku ni tak suka kyupta2 ( kiut2) taip..well aku buta korea harhar..ni je la yang aku boleh stand to watch..kalau drama aku memang fail nk nengok sampai habis..tadi aku try tengok personal taste,ok fine tak samapi 30minit aku dah bosan sebab tu la aku update blog ni.thanks kepada kawan2 aku yang banyak bagi info pasal running men ni
                                 *klik kalau tak der kanta pembesar





*update ntah hapehape.berapa kerat ayat jer pasal running man

Saturday, December 17, 2011

aku pun tahu agama..ko tak payah ajar la

Assalamualaikum peeps

ini blog aku,so it's up to me la kan nak tulis apa..so back to timeline la masa kecik2 dulu mesti mak hantar pergi mengaji kan,tak pun mak sendiri yang ajar kat rumah..same goes to me
lepastu masa kecik jugak la ilmu & nilai2 keagamaan ni sepatutnya diterapkan sehingga ke tua,well tujuan aku ni bukan la nak inform kat sini yang aku ni baik sangat tapi korang nilai la sendiri

1 hari tu aku naik bas kolej aku..baru jer lepas habis exam..atas bas tu fikiran tu duk merewang sampai korea sebab nak masuk running man,ada la 2 orang si polan yang tengah bercakap..bukan niat aku nak pasang telinga sebab aku ni bukan wartawan hiburan,tapi tak kan la aku nak tutup pulak kan telinga aku ni,nak pekak kan lagi la tak boleh..so aku dengar pun tak jelas sangat la

mula si polan ni bercakap pasal member dia yang 1 hostel dengan kite orang jugak & budak tu tak solat,dah la tak solat budak tu pergi duduk pulak atas surah yasin si polan ni,so si polan ni marah la sebab benda tu kan suci mana boleh buat macam tu..lepas tu budak tu marah 'eleh nak tegur aku pulak,macam la ko tu baik sangat'..lepas tu si polan tu cakap kat member dia 'boleh dia cakap kat aku macam tu,macam la dia sorang yang belajar agama,aku pun belajar gak dulu 5 tahun' bila dengar je ayat tu aku automatik sengih sorang2.
fyi si polan yang bercakap tu no longer virgin,aku bukan nak kutuk tapi nak korang faham kenapa aku cakap macam ni,tikar sejadah pun entah ke mana

then
.
.
.
.
bla bla bla
.
.
.
si polan ni cerita kat member dia yang kenapa balak dia pilih dia 'sebab aku ni jadi diri aku sendiri,aku tak hipokrit'

yang tak boleh blah nye tahu pulak pasal agama,5 tahun belajar,lama tu beb tapi kenapa tak amalkan ke belajar atas sebab nak amek exam..bagi aku la proses belajar ni tak kira la dunia or akhirat sampai bila2 pun akan belajar tak setakat terhenti lepas amek spm jer..tu la kan manusia akhir zaman ni

aku nak cakap lebih2 pun tak boleh takut aku pulak yang jadi lebih teruk..sebab benda tu tak jadi kat aku sendiri..kan sebijik kena atas dahi baru padan muka aku

tapi ayat yang aku ingat dari video ustaz azhar la : orang yang sembahyang tak semestinya baik,ada yang baik ada yang tak baik tapi orang yang tak sembahyang konpem2 la tak baik

lagi 1 : orang yang pakai tudung tak semestinya baik,ada yang baik ada yang tak baik tapi orang yang tak pakai tudung konpem2 tak baik

one more funny things la yang boleh buat aku sengih sorang2 : kalau pergi ke tempat baru la mesti bawak yasin lepas tu letak bawah bantal konon2 as a shield la untuk korang sebab takut ada 'something' tapi yang peliknya buka pun tak pernah apatah lagi nak baca..percaya dengan Allah tapi tak takut pulak kat Allah

dunia oh dunia



Saturday, December 10, 2011

ciri-ciri loner sejati

Assalamualaikum
dah lama tak update sori ye semua aku tak akan guna ayat macam ni : ish3x penuh habuk kat blog cik misi,dah lama tak update,jenuh nak bersihkan sawang kat blog ni
sori that's not me..

adakah anda loner sejati..kalau betul2 la sejati mesti ada ciri2 ni

1.dah like page forever alone kat fb

2.top up rm10 boleh bertahan sehingga 5@6 minggu

3.try masak resepi yang baru,sendiri rasa

4.tak bawak handphone semasa pergi makan dengan member adalah normal tanpa perlu rasa bersalah lambat reply meseg dari pakwe

5.kebarangkalian untuk handphone berbunyi adalah sedikit,kalau ada pun maybe meseg dari operator tentang offer2 baru

6.keluar rumah dengan senang hati selepas mintak izin dari parents tanpa perlu rasa bersalah sebab keluar tak mintak izin pakwe

7.mempunyai banyak masa untuk main angry birds tanpa perlu reply meseg

8.tak perlu tension sebab gaduh dengan pakwe

9.tak perlu pikir nak make up cam mana,dress up cam mana untuk keluar date

10.weekend or cuti sem dihabiskan masa dengan membina badan dirumah tanpa perlu rasa bersalah apabila jumpa pakwe takut ditegur gemuk sebab berat badan naik bukanlah 1 masalah bagi loner

so korang semua ada ke ciri2 diatas,kalau tak der ada bran ke nak join?