Saturday, December 29, 2012

aku misi berlesen

okeh lama tak update,aku tahu..bila bukak blog semalam pun baru perasan ada orang follow aku..trimas,kepada yang tak follow aku tu y u no follow hah
disini ingin dinyatakan bahawa penulis sudah dapat lesen untuk menjadi misi yang bertauliah yang bermaksud aku boleh bekerja,penting ke lesen tu? ya penting umpama kau bawak kereta tapi tak ada lesen bila kena tahan dengan jpj menjawab la korang begitulah perumpamaan nya..exam 13.12 tu result kuar khamis lepas..alah 100 soalan je kot,apa de susah semua objektif,haha riak betul aku mentang-mentang dah lulus..tapi ada 36orang kot yang tak lulus,tak pe la it is not the end of the world,boleh amek yang mac ni punya.
lepas ljm ari tu 14.12 diorang ada buat pre grad dinner,tapi aku tak pegi,tema dia arab apa ntah..kotemporari? glamer? idk..tapi bila tengok picture kat fb tu sesuailah dikategorikan sebagai arab jahilliah..mau tak laser mulut aku,gambar peluk memeluk pakwe makwe,baju nampak bra..aku stalker okeh..beware of me..actually.cakap omputeh ko hado aku tak da jubah or whatever yang boleh disesuaikan dengan tema.aku jugak tak da duit bagai untuk pergi beli baju semua yang ada hanyala lemak terkumpul..boleh jual timbang kati tak? bayar nak pergi memang la murah rm50 tapi tang nak pakai makai semua eden tak mampu yo.so ko jangan nak blame aku,aku tak der ayah gula semua nak sponsor aku..
so pengakhiran diploma tu bukan kenangan yang indah,geng berpecah belah semua tu,ntah aku tak kisah..whatever semua la.sekarang ni aku duk rumah tengah menternak lemak,sijil nikah dah ada,sape yang ada abang single boleh la di nyatakan no fon dan jumlah duit simpanan di dalam bank..yup aku mata duitan.apa ko nak kesah kan? gangsta pulak dah blog ni..hewhewhew ( gelak dalam kain ).
oh ye selamat tinggal tesco kb,mydin kb,mcd kb,kfc kn,taman tg.anis..so on anda semua dalam ingatan saya..eh aku tulis apa ni,sebenar nye aku ada banyak benda nak cerita tapi bila lama tak post semua tu jadi mixed dalam kepala hotak ni..haishh

Saturday, September 15, 2012

raya terlewat,skandalism

assalamualaikum..dah lama betul tak update kan,busy (alasan), tak der idea ( alasan lagik )..apa yang aku buat lama sangat tak hapdet ni..sori iolls busy dengan praktikal,jumpa internet pun jarang-jarang..jakun kejap..

oh ye selamat hari raya,mintak maaf kalau ada sape-sape yang sentap dengan mak jemah hokey! gambar raya takder..iolls guna phone nokia yang ada lampu kat atas tu je,time urgent boleh gak macam nak cari barang dalam gelap ke..

raya ke 5 pi reunion kat pantai batu buruk trg,ramai jugak la yang datang,i malu nak pi sebenarnya,dah la gemuk,pelajaran tak berapa nak tinggi macam tuan punye..tapi pegi jugak tebalkan muka dengan makeup..bedak 3 inci,lipstick merah auwww separuh batang..then eyeliner tarik sampai ke telinga dengan harapan dapat menutup malu (hokey propa)

pergi makan kfc,kebetulan pulak my love tengah jaga adik dia yang kena denggi kt hospital sebelah kfc tu..so pi jumpa beraya dengan dia jap ( tapi pagi tu sebelum pi dah gaduh) apakah? hak3..pow duit raya sikit..i kan mata duitan uolls..tapi tak leh lama la kan sebab i pergi dengan my friends..nanti diorang bising plak..jumpa jap cakap benda-benda yang penting..then aku pergi melantak kat kfc tu..

so malas la nak citer the whole day kan..mood nak blogging tak de..kawan aku cakap ddia selalu baca blog aku..malunya ihik ihik *lempang muka sendirik



ni my love yang tak berapa nak hensem (mintak ampun) haha


skandal! haha..ni ayie,dia masuk hero remaja tahun ni,hope menang aku dah anta resume nak jadi p.a dia...

roomate masa nak spm..eka tudung hitam tayang gigi besi..kenapa aku dilahirkan cute sangat *pitam
agak rendah disitu..perhatian lutut aku bengkok kan..tak boleh terima kenyataan semulajadi rendah


yang ni bulan 5 kalau tak silap..majlis kawen kak long si baju pink tu.nad nama dia,solo lagi..i maintain cute


nak lagi ke? cukup2 babai

Thursday, June 28, 2012

2009 munyer ( entry pebdek bajet diva )




long time no update
miss me lol???
in love with this picture,taken 2009 tapi ari ni baru tengok sebab huda yang pakai baju merah tu baru masuk kan kt fb..maklumla den pakai fon pekong vavi jerk




and then in love with
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
kang gary
because im s.w.a.g

 bai


Saturday, May 12, 2012

lama menghilang...happy nurses day

homaigod homaigod homaigod lama betl tak update kan..this is the short update only sebab ni pinjam laptop & broadband kawan jer..aku punyer? hmm miskin tak mampu.

sekarang ni dah masuk sem 8 makna nya ada 1 sem je lagi sebelum nak habiskan dip in nursing

sem 7 punyer osce ok,tapi teori munyer yang psychology tu yang tertiarap sikit..yang lain Alhamdulillah boleh jawab dengan baik la..sa pehal pun tengok result nanti kuar cam mana.harap tak tertonggeng.

12 may setiap tahun is hari jururawat,so selamat hari jururawat semua...smile

tengah busy dengan latihan dikir barat untuk persembahan nursing day peringkat kolej yang plan nye nak buat 7.6 ni,lama gila delayed kan atas sebab nak semua student nursing biar ada kat kolej..gila ke bai..

dah 2 minggu tak baking kek,balik ni nak buat kek coklat plannya..haha tengok orang ler kan

apa lagi ek..oo sekarang jiwa manyak tenang sebab dah single sesingle singlenya...cuba dengar lagu kelly clarkson stronger what doesnt kill you..so aku munyer love doesnt kill me..so i'm strong walaupun bukan atlet angkat berat

tu je la ko..sori my friends busy teramat

bai

muka budak busy..hehe cun tak
kalau ada rancangan menantu pilihan aku nak join hikhikhik (gelak gedik)

Saturday, March 31, 2012

terima kasih jer dah cukup buat saya (keluh kesah student praktikal)

*amaran : ini entry panjang munyer


Assalamualaikum semua
lamanya tak post kat blog,time idea ada masa kat tempat praktikal..bila kat depan laptop buka new post tekan (x) sebab dah lupa apa nak taip sedangkan tadi membuak2 nak taip,all these we call alasan la

sebenarnya start  awal feb hari tu aku start posting
10 minggu semuanya
dah hampir 1 semenanjung aku round,cuma utagha ja belom sampai
kelantan-johor-kelantan-kl-kelantan-terengganu-kelantan
begitu la nasib aku sebagai misi praktikal ni kena la gigih semata2 nak dapatkan pengalaman sepanjang clinical posting ni

so here we go rotate 1st tu aku kt hrpz2 kota bharu,ada dapat wad yang bust ada juga yang rilek..yang rilek tu rilek la..yang busy tu homaigod baru jer discharged 5 minit,akak radicare tak sempat nak cuti lagi bed apatah lagi aku nak pasang cadar segala bagai dah ada new patients yang admit,penat tok sah cakap la..mau berpeluh ketiak ni dah memang tak ada masa nak fikir 'eh ketiak aku berbau ke?'..1st day je dah kena,baru nak briefing pasal wad dah ada misi datang mintak tolong tukarkan baju dengan bed sheets dekat bilik isolation..sebab yang lain buat macam kaki kena gam ke lantai aku pun merelakan diri pergi and guess what pt tu ada rvd,blister bagai,bibir dah tak nampak bibir,kulit dah tak jadi kulit..so pakai mask 2 lapis,apron,glove pun 2 lapis gak sebab pt tu berak..and the rest is lu fikir la cam mana nak selesaikan fully dependent pt tu
relative yang tunggu says 'terima kasih ye sebab tolong' kita yang tengah berpeluh ketiak ni sejuk je hati dengar well sama2 akak

rotation ke 2 jom merantau ke pontian jap,3 miggu berturut2 kerja pagi mau nak pengsan mak nokks dalam wad tu..hari2 buat dressing yang baunya jauh lebih menusuk kalbu dari wangian j.lo mahupun britney..messi sudah tentu akan kagum dengan bauan ini..minggu kedua pulak perut aku buat hal diarrhea 2 hari,ubat 1 blister tak berkesan lansung ditambah pulat dengan hari ke-3 aku period mood time tu memang swing tok sah cakap la.aku punya instuctor pulak dah cam vavi duk kutuk aku kat belakan,depan punya la baik pesan tu pesan ni cam malaikat tapi belakang ko pedajalkan aku,nak baik dengan kau memang tak la walaupun kau tu mengajar aku..haishh dah tak nak ingat dah pontian...shuuuh shuuuh nyah kau dari sini..nasib la pt semua tak meragam..bila miggu last dalam setiap wad baru dapat ucapan terima kasih.hurmm ok la tu dari tak der lansung.

balik ke kb aku pergi lagi hrpz2 untuk 1 minggu sebab next week nya nak naik kl
sampai kb dah dekat kol doblas besok pulak kena pergi kerja..semua yang baru sampai dari pontian pergi kerja dengan muka cam zombie..dapat pulak wad yang sibuk sampaikan extension bed ke pintu wad nasib tak sampai pintu lif jer..guess what pt yang balik dari ot tu hensem mai aiiii tak terucap hehe hormon gatal dah keluar..cakap pun very the polite la nape la disharge awal sangat sebulan jaga dia sorang pun takper..hikhikhik gediks
yang best boleh tengok doktor buat skin grafting ala yang amek kulit dari peha tampal kat kaki tu ni 1 contoh je la..boleh pulak dia suruh doktor amek kulit tangan aku sebab dia cakap sama tone dengan lutut dia..wth ingat kau putih sangat ke..tergores hati nak nokss sabau je la walaupun selama ni aku yang tolong bagi bekas kencing kat kau

seterusnya moh ke kl la kite stay kat kajang tapi tempat hemodialysis tu kat banting.tak hell enough lagi kah sem ini untuk mendera kami..1 jam lebih baru sampai...well tak banyak story sangat just tempat tinggal macam bawah jambatan sebab bertakung & kat bawah ada itu pasar basah olang cine ooo die olang jual vavi oo yang segar ada salai pun ada manyak mulah ooo..serius nak muntah busuk giler vavi itu babi

sekarang ni dah ada kb ada la hari tu kena buat blood tranfusion untuk pt yang ada thalasemia..tranfuse 2 bag darah in total 66ml perlukan penjagaan 4 jam lebih..chek tu chek ni sebab nak pastikan pt okey sepanjang rawatan sampai nak tertelan katil tu aku menguap,mengantuk punya pasal duk jaga dia sampaikan nak pergi makan pun saling meningalkan pesan risau jadi apa2 kat dia,collapse ke fainted ke,epilepsy ke kan alih2 bila dah siap semua tu dah habis 4 jam yang heaven i was expecting 'terima kasih' bukannya kena bayar pun but NON..keletihan yang tak berbaloi

so people please ucap terima kasih kat sesiapa sahaja yang tolong korang baru rasa dihargai sikit kami..kami ni buat kerja bukan dapat duit pun nuh yang duk besarkan bontot arah tu arah ni macam mem besar yang dapat..kite orang dapat penat & ketiak berpeluh ada la
ni kat mersing last year & last day kat sana pt semua discharged

ni sem 1 disaat berusia belasan tahun sekarang ni oktober masuk 21..tensi2


tu je la kalau nak bagitahu semua hal mau tertidur aku yang menaip ni apatah lagi yang membaca
*notakakikudimulutmu : pt = patient

Friday, March 2, 2012

tertelan biji buah

pernah tertelan biji buah?
tak pernah?
tipuuuuuuuuuuu

so here's the story

tengah best-best makan buah tiba-tiba



tertelan
tak pun biji ni


masa kecik-kecik mesti pikir macam ni


 pokok akan tumbuh dalam

perut kita...


soooo noob kan?
teeheeee :p








_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

Friday, February 24, 2012

jangan mengata kat orang nanti kita yang terkena..life is karma

            *nama aku noor saadah bukan nye nurul.tu nametag orang lain aku guna :p


Assalamualaikum semua..ada ke yang baca ni? biar je la kan..straight to the point jer la kan aku tak pro nak buat intro bagai ni,perempuan masalah utama adalah mulut.aku mengaku yang aku ni cakap lepas sampai kadang2 ada orang yang boleh sentap dengan mulut aku ni,so mintak maaf la semua nya ye kalau ini ada menyentuh sensitiviti sesiapa.

dulu la dulu masa aku kecik kalau mak aku bawak pergi kenduri kawen mesti hepi giler kan,tapi satu hal perangai keji aku,aku akan kutuk pengantin tu..contoh nya la kan masa tu umur 7 tahun masih suci & bersih lagi,pergi la kenduri kawen kat kampung aku jugak..kadang-kadang bebudak ni pergi kenduri ni bukannya nak makan sangat pun..saje je nanti dapat jumpa kawan,time tu tak der la lagi gatal-gatal teropong mamat hensem.nak dijadikan cerita pengantin perempuan tu gemuk & lelaki pulak kurus so memang nampak beza la kan..dengan celopar nye aku cakap kat mak aku 'tak lawa la pengantin perempuan tu gemuk gedempol..laki pulak cekeding'..see jahat kan memang nak kena cibai la kan..

so sekarang ni aku pulak yang gemuk & bila ingat balik mende tu rasa bersalah la pulak kan..kesian pengantin tu..sekarang ni aku tak pernah pasang niat nak bersanding bila kawen tu (i.Allah la kalau jodoh sampai) sebab aku tak nak nanti orang bandingkan aku dengan husband gonna be aku tu pulak..dah la sanding tu tak de dalam islam tambah pulak dosa bakal tetamu aku tu..tak nak k

masa dalam tahun2007 nak dijadikan cerita ada la sorang lelaki masuk merisik sepupu aku..then bila ayah dia tanya nak terima ke tak sepupu aku tak nak lepas tu baru la pecah tembelang rupa;rupanya dia dah kawen kat siam dah berbulan-bulan jadi isteri no.2.masa tu family dia memang tak boleh terima la kan sebab dah malukan family dia..mak ayah aku je yang layan dia dengan baik..time tu aku memang kutuk kaw-kaw la dah macam tak der laki yang single ke dalam dunia ni nak dibuat suami kan? perampas dll kat depan mak ayah aku..then mak ayah aku pesan 'jangan mengata lebih-lebih kat orang,tak jadi kat kita boleh la cakap..masa depan kau tu tak tahu lagi' so aku senyap..

so sekarang ni kalau ada kes cam tu aku diam je sebab aku tak nak that such thing jadi kat aku..mintak jauh la kan..and know what sepupu aku tu bahagia sekarang dia dengan 1st wife tu kamceng..selalu tukar juadah..kalau beli apa-apa pun selalu beli untuk madu..anak-anak pun boleh teriam..bila aku fikirkan dia tak mintak pun nak jadi no.2,tu memang jodoh dia..walau dia lari sejauh mana pun jodoh tetap jodoh semua tu kerja Allah S.W.T.

tahun 2009 masa tu aku lepas spm ada la dengar yang sipolan ni mengandung masa nak amek spm..tapi perut tak nampak sangat sebab anak 1st kan..so aku cerita kat mak ayah aku ..diorang rilek je tak kata apa-apa just tanya betul ke? aku pun bagi la sebab musabab yang orang cakap macam tu..diorang tak komen apa-apa sebab mak aku cakap 'tak boleh cakap lebih-lebih nanti jadi kat anak kita,mak ada 2 orang anak perempuan yang nak kena jaga.kena kat diri sendiri nanti baru pandan muka mak dengan ayah' .macam tu la mak aku cakap...

so sekarang ni kalau jumpa dengan kes-kes yang macam tu at 1st memang la terkutuk sikit-sikit tapi bila aku duk sorang & fikir balik aku senyap je & lepas tu dah tak kata apa-apa sebab tak nak such thing tu nanti berbalik kat aku..







_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

Sunday, February 19, 2012

mana loghat awak?

salam readers..for the first time post something dari pontian johor
ye kalian semua aku sekarang ni berada di pontian sebab nak kena praktikal kat hospital pontian..jauh jugak la perjalanan dari timur ke selatan..16 jam wey kat atas bas.kebas bontot? tak yah nak cakap la kan tapi nak buat cam mana terpaksa mengikut arahan

semalam aku dengan kawan-kawan aku keluar pergi bandar pontian saja nak cuci mata sambil tu cari makanan tuk puaskan nafsu makan tu..susah wey housing area ni jauh dengan kedai makan..kurus la aku nanti..kang dah tak gebu pipi..ko mampu?

cerita nya macam ni kitaorang pergi la cari kedai makan kat bandar pontian ni..terpaksa la cakap luar sebab kang kalau aku cakap kelantan orang sini tak faham pulak..kekok sikit rasa sebab dah lama tak cakap luar kan,boleh terpeleot lidah ni..lepas abang tu hantar makanan yang diorder dia tanya la ni asal mana,member aku jawab la dari kb..then abang tu point kat aku sambil cakap 'tapi awak tak der bunyi loghat kelantan pun..awak orang luar ke?'
haha lucu plak,dah lama tak der orang ucap ayat tu kat aku

dulu masa kat matrik n9 kawan aku yang baru masuk sebab dia panggilan ke-2..dia budak mrsm merbok if i'm not mistaken,lepas cakap2 dan dah boleh ngam sikit2 dia tanya aku 'dulu sekolah mana?' 
'sbpi batu rakit'
'kat mana tu?'
'kat terengganu'
'jauhnya sekolah'
'eh tak de la dekat je'
'dekat apanya selangor dengan terengganu'
'wey aku orang terengganu la'
'laa ingat kan orang selangor sebab tak de bunyi loghat pun'

then 1 lagi cerita kawan 1 sekolah kepada kawan praktikum aku (eh korang paham dok ni)
dia cakap kat aku lepas berbulan2 kitaorang kenal 'dulu masa mula2 kenal dengan ko,aku ingatkan ko orang selangor ke,kieyl ke tapi rupanya ko orang terengganu..tapi seyes tak de pun bunyi loghat terengganu ataupun kelantan ko..kalo ko cakap ko orang selangor memang aku percaya'

seeeeeeeeeeee...mana loghat aku????

p/s : makanang sini dok sedak..nasik lembek..nok balik makang kat ganu dok pong kelatang
tengoh duk bayang best nye kalu buleh ranggoh nasik kerabu

Sunday, February 12, 2012

resepi kek coklat tersangat mudah

ok hobi aku memang buat kek..sedap ke tak sedap belakang kira..jadi ke tak lagi la duk kat belakang...yang penting puas kan...mak aku pulak dia buat cara halus tahu..hari aku balik je mesti dia beli gandum & letak kat tepi dapur dengan harapan aku nampak gandum tu & buat sesuatu agar menjadi makanan untuk perut-perut yang tersayang..pandai kan mak aku

resepi ni pun aku dapat dari internet jugak,disebabkan senang so aku nak kongsi dengan korang..mana la tahu nak buat kek lepas tu boleh la nk eksyen kat pakwe yang kita ni dah boleh buat kek..bawak jumpa mak mentuan konpem saham up wey

so ni resepinya
 bahan A ( diayak & digaul )
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
3/4 cawan serbuk koko
1/2 camca kecil soda bicarbonate
1/2 camca kecil baking powder

bahan B ( dipukul )
2-3 biji telur ( aku guna 2 biji je )
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan air suam

cara-cara
1.ayak semua bahan A.kemudian gaul
2.pukul bahan B hingga agak kembang ( korang pukul je sedaya yang mampu )
3.satukan bahan A & B diselang-selikan dengan air suam (kacau slow-slow )
*adunan akan jadi kilat & likat ( bukan kilat sabung menyabung)
4.sedia untuk dibakar @ kukus untuk 45@6o minit

** untuk korang2 yang kat rumah tak der oven untuk bakar kek boleh jer bakar kat atas dapur dalam pembakar kek yang memang dikhaskan untuk kegunaan dapur tu sebab aku pun buat macam tu jugak

so selamat mencuba..lepas ni ingat nak bagi resepi donut la plak sebab aku dah pandai hak3

sori tak da gambar tapi kalau korang try & ikut cara yang diajar tu menjadi la kek tu

Friday, February 3, 2012

sms yang annoying

salam jumaat semuaaaaaaaaaa..eksaited tak taip cam tu hew hew hew
manjew tak itew...ok i will stop the crap

as a forever alone jarang sangat la nak dapat sms dari yang tersayang kan,member kadang2 je sebab aku faham masing2 sibuk dengan dunia sendiri..so most sms yang aku dapat bagi aku tersangatlah annoying..kadang2 macam tak der function pun guna enset

so ni antara yang aku biasa dapat

1.RM0.00 Kpd 60136xxxxxx Sila htr ON AT ke 36606 & terima servis SMS mobile PERCUMA. Caj pdftrn Percuma! ( hotak kau ingat aku nak ke servis tu & kalau aku send benda ni bukan percuma pun tu just taktik nak tarik minat untuk orang melanggan.paling kurang lesap la 2,3 hinggit kredit )

2.RM0.00 Kpd 60136xxxxxx Sila htr ON AT ke 36606 & terima servis SMS mobile PERCUMA. Caj pdftrn Percuma!
( tak der maknanya nak ber call me tones bagai,jarang sangat aku dapat phone call..buat rugi jer..dengar jer ringtone tuuut tuuut tuuut tu tak pekak pun )

3.Tahniah! Anda buat 1 pggln semalam & mengumpul 10 Koinz. Jumlah skrg: 2730 Koinz. Terus buat pggln utk dpt lebih bnyk Koinz & kekalkan infeksi Kolony!
( ni plak sms dari kolony,walaupun dah offline pun tetap akan disend jugak,aku selalu perasan bila ada sms masuk ingatkan ada la dari sape2 yang nak adjust kan tapi caitt kolony jer,and fyi panggilan tu aku buat kepada bapa saudara aku )

4.Your account does not have a sufficient balance for calls to the dialed number.Please recharge your account first.Dial <Recharge No.>to recharge your account.
( fuuuu tak der kredit! anyone share plisssss)

5.lee hom lovers!catch him live in concert on 3.3.12 with exclusive 20% discount on concert tix from xpax.send LEEHOM to 28881 & reload minrm30 b4 21.1.T&C apply
( nak reload rm30 memang tak arr dah rm10 boleh tahan sampai 1 bulan)

*kadang2 dapat sms yang start dengan : anda sunyi? perlukan teman? sila taip on blablabla
menganjing giler sms camni macam nak terbang jer enset





Thursday, January 26, 2012

bila banyak sangat nak cerita

Assalamualaikum..
setelah sekian lama tak dapat on9 at last dapat jugak..syukur,i have many things juggling in my mind,too much to write it over here tapi end up dengan ntah hape2 jer.sekarang ni tengah cuti cny lagi well aku cuti seminggu..sebenarnya banyak benda nak tulis ni tapi ntah lost semacam je rasa nak kata putus cinta tak bercinta..haissh apa ni

ok la first nak bagitahu ahad ni akan start posting di hospital raja perempuan zainab 2 untuk 3 minggu,hopefully akan dapat cuci mata melihat doktor handsome..lumrah manusia kan,walaupun kita tahu kita tak cantik tapi still mencari yang cantik..hakhak.then akan proceed ke hospital pontian johor,3 minggu..balik kb seminggu masuk mockward kat kolej,pergi terengganu seminggu then last balik kb masuk hospital 2 minggu,semua sekali ada 10 minggu.harapan posting sem ni berjalan lancar tak nak buat stupid mistake

tadi aku ada tengok video anuar hadi kat youtube pasal salam,dia baru upload dalam minggu ni..sentap la jugak kan sebab jarang nak bagi salam kat orang tak kenal ni.hurmm 1 tabiat aku suka ucap terima kasih,turun bas ucap terima kasih,akak siapkan order ucap terima kasih kat kaunter bayaran ucap terima kasih..wah bagus jugak kan aku..kuang3
cakap pasal kaunter bayaran hari tu kat tesco kota bharu masa tu tengah beratur nak bayar beli apa ntah,aku cakap2 dengan member aku
member : try la cakap lembut sikit baru la orang laki berkenan,ni tak kasar je
then as usual perangai gila aku boleh terjadi dimana2 je terus buat suara lembut abannnng,abannnng tapi aku tak merujuk kepada sape2 pun tiba2 abang yang tengah scan barang tu tengok aku then tanya ada apa? apa lagi gelak la sebab dia dah terperasan aku bukan tuju kat dia pun,sori eh abang saya tengah main2 tadi..dah la abang tu putih melepak,rambut pacak..rasa ghairah semacam je..ok GURAU

hari tu ada cakap topik hantu dengan mak aku,dia cakap orang dulu2 takut hantu,selalu je ada kes budak kena sorok hantu,jiran dia dulu kena sorok dengan hantu kopek..1 kampung cari tapi tak jumpa,last2 budak tu keluar dia cakap tak pergi mana2 pun duk kat bawah dapur je..kita yang dengar ni rasa macam nonsense je kan,tapi hanya yang mengalami je la yang tahu..orang sekarang ni dah tak takut macam dulu2 dah..senja je semua anak2 dah siap mandi ada kat rumah..aku tak ambik contoh orang lain tapi aku sendiri..senja2 tu la baru nak pergi melepak dengan kawan,pergi round kampung..kadang maghrib tak balik lagi still hebat bercerita..kencang sekali..

pasal baucer buku tu ada la jugak kegunaan,dah orang bagi free takkan tak nak pulak kan.tapi tak tahu nak beli apa.plan asal nak beli koleksi novel bagaikan puteri ala yang ramlee awang murshid tulis tu konon-konon tak nak baca novel cinta sebab cerita sama je tapi susah la bai nak cari and end up with namaku bedah,bidadari hujan and kurela cinta ini bertamu..dah cakap dah jalam cerita sama je tapi ok la barang free bukan beli guna duit pun.ada 3 keping lagi tak guna.

jumaat lepas aku jumpa bff aku zaman sekolah dulu,ira & ika (fatin tak de dia tak balik lagi dari mesir time tu) pergi jalan and tengok barang kat kedai kat tesco kb.so dapat la ole2 dari ika sebab hari tu dia pergi vietnam bracelet & beg kecik yang muat letak enset tak tahu la pulak panggil apa..macam biasa tiada gambar sebab kami ni bukan jenis yang suka bergambar.susah nak tengok gambar kami bersama kecuali raya je la.so sekarang ni terasa amat feminin apabila memakai bracelet dengan bunyi kaching!kaching! gurly nya aku rasa..hahaha

aku rasa setakat ni je la.ni la dah lama sangat tak menaip.banyak nak cerita tapi terabur semacam..
sebelum tu nak tempek gambar dulu sebab dah lama tak naikkan saham..

amacam? aku cun tak?

Tuesday, January 17, 2012

perangai dalam kuliah

wah dah lama betul tak menaip..tersangat busy..to my friend fatin : aku tahu mg bace sokmo blog aku..sori boh aku terlalu busy dengan duniawi disamping cuba mengejar akhirat jugok

argghhh jadi senior year aku rasa teramat la busy..kalau dulu hanya akan nampak aku pegang buku hanya pada malam yang keesokan hari nya ada test tapi now almost every night boleh nampak muka aku dekat meja study..banyak benda yang tak cover.anatomy tak master lagi.banyak function yang dah hilang nak salahkan mak sebab tak minum anmum masa pregnantkan aku dulu pun tak boleh sebab aku yang pemalas..sekarang ni jugak la baru terhegeh2 nak kejar pointer tinggi..dulu kalau pointer turun pun rilek jer tapi sekarang tension terus sampai pergi derma darah dengan harapan stress akan keluar melalui darah yang masuk ke dalam blood bag..

kalau baca perenggan diatas membuatkan korang rasa aku dah cukup insaf,korang silap
aku suka main2 dalam kuliah.time seo aku boleh tumpukan perhatian sebab subjek tu pasal pathology yes i like..pki pun ok lagi sebab belajar cara nak manage ermegency kan kalau tak tumpukan tak pasal2 salah nak bahagikan triage memang melampau
tapi yang teramat biring subjek pkm kena belajar pasal mental health status..serius boring wa cakap lu..ditambah dengan lecturer yang tak berapa nak mempunyai body shape yang lawa..yeah sila merungut..eh2 tak der..tapi subjek ni memang boring.lecture 4 jam seminggu hanya dihabiskan dengan bermain chuzzle dalam iphone4 kepunyaan teman since henset aku cap ayam..4 jam yo..kadang2 sampai boleh tertidur menghadap siling..ye sila halakan projector ke atas senang sikit aku nak tidur

eh apa aku mengarut ni..duk kutuk2 esok aku ada test pkm ni
blah dulu..
semakin tua bahasa semakin tak beradab

Saturday, January 7, 2012

lari dari rumah

dulu masa kecik aku selalu terpikir nak lari dari rumah sebab selalu kena marah dengan mak,biasa la kan budak2..bila kena berleter or kena marah mula la terpikir nak buat benda yang tak masuk akal tu,tapi aku ni boleh digolongkan dalam golongan ada otak jugak la
mesti fikir nak bawak baju apa,tak kan nak lari sehelai sepinggang
malam2 nak tidur kat mana
nak makan apa duit tak der,tak kan nak minta sedekah
at the end aku batalkan niat tu..hehe

tapi sejak dah besar ni and dah boleh fikir baik buruk dah tak pernah fikir nak buat macam tu bila ingat balik waktu tu aku rasa memang bodoh giler ar idea nak lari dari rumah tu
ntah hape2 je kan..noob gegiler

even sekarang ni bila mak aku berleter aku dah tak menjawab macam dulu sebab tak nak jadi anak derhaka,kalau mak aku berleter pun aku diam je..aku tahu dia nak didik aku tak nak aku ni jadi manusia yang tak berguna..tapi sekarang ni dah tak berleter macam dulu la
dulu kena leter sebab malas nak mandi,tak pernah nak baca buku,pergi rumah kawan sampai maghrib bau sampai rumah,pergi mandi sungai senyap2..mak berleter tu pun sebab salah aku jugak,tapi nama pun budak2..ala korang pun mesti rasa macam ni jugak kan

dulu masa aku dapat masuk sekolah asrama aku rasa parents aku sangat la tidak adil,mak & ayah dah tak sayang aku..adik beradik yang lain senang2 dapat duduk kat rumah aku pulak kena duduk asrama dah la umur baru nak masuk 13,tak matured lansung dah kena berdikari
nak kena bangun pagi2 berebut bilik air,makan dalam tray,basuh baju sendiri..bored giler
sebelum pergi sekolah tu ada jugak terpikir nak lari dari rumah sebab tak nak pergi sekolah jauh,konon2 ayah akan lembut hati & batalkan niat dia tu..tapi tak end up macam tu pun..selamat 5 tahun kat sekolah asrama

tapi budak sekarang ni esspecialy remaja tak fikir baik buruk pun kalau lari dari rumah..most of the reason lari sebab ikut pakwe yang baru je kenal
chill la wey,hidup ni panjang and tak semestinya korang akan end up kahwin dengan pakwe korang tu dah kalau memang tertulis jodoh korang tu orang lain takkan nak lawan takdir Allah kan.ko mampu?

to those yang terfikir macam tu batalkan niat tak baik tu,duduk je rumah tu diam2 even pakwe korang ajak kawen kat siam..hehe
 jangan susahkan hati mak bapak kita..