Thursday, January 26, 2012

bila banyak sangat nak cerita

Assalamualaikum..
setelah sekian lama tak dapat on9 at last dapat jugak..syukur,i have many things juggling in my mind,too much to write it over here tapi end up dengan ntah hape2 jer.sekarang ni tengah cuti cny lagi well aku cuti seminggu..sebenarnya banyak benda nak tulis ni tapi ntah lost semacam je rasa nak kata putus cinta tak bercinta..haissh apa ni

ok la first nak bagitahu ahad ni akan start posting di hospital raja perempuan zainab 2 untuk 3 minggu,hopefully akan dapat cuci mata melihat doktor handsome..lumrah manusia kan,walaupun kita tahu kita tak cantik tapi still mencari yang cantik..hakhak.then akan proceed ke hospital pontian johor,3 minggu..balik kb seminggu masuk mockward kat kolej,pergi terengganu seminggu then last balik kb masuk hospital 2 minggu,semua sekali ada 10 minggu.harapan posting sem ni berjalan lancar tak nak buat stupid mistake

tadi aku ada tengok video anuar hadi kat youtube pasal salam,dia baru upload dalam minggu ni..sentap la jugak kan sebab jarang nak bagi salam kat orang tak kenal ni.hurmm 1 tabiat aku suka ucap terima kasih,turun bas ucap terima kasih,akak siapkan order ucap terima kasih kat kaunter bayaran ucap terima kasih..wah bagus jugak kan aku..kuang3
cakap pasal kaunter bayaran hari tu kat tesco kota bharu masa tu tengah beratur nak bayar beli apa ntah,aku cakap2 dengan member aku
member : try la cakap lembut sikit baru la orang laki berkenan,ni tak kasar je
then as usual perangai gila aku boleh terjadi dimana2 je terus buat suara lembut abannnng,abannnng tapi aku tak merujuk kepada sape2 pun tiba2 abang yang tengah scan barang tu tengok aku then tanya ada apa? apa lagi gelak la sebab dia dah terperasan aku bukan tuju kat dia pun,sori eh abang saya tengah main2 tadi..dah la abang tu putih melepak,rambut pacak..rasa ghairah semacam je..ok GURAU

hari tu ada cakap topik hantu dengan mak aku,dia cakap orang dulu2 takut hantu,selalu je ada kes budak kena sorok hantu,jiran dia dulu kena sorok dengan hantu kopek..1 kampung cari tapi tak jumpa,last2 budak tu keluar dia cakap tak pergi mana2 pun duk kat bawah dapur je..kita yang dengar ni rasa macam nonsense je kan,tapi hanya yang mengalami je la yang tahu..orang sekarang ni dah tak takut macam dulu2 dah..senja je semua anak2 dah siap mandi ada kat rumah..aku tak ambik contoh orang lain tapi aku sendiri..senja2 tu la baru nak pergi melepak dengan kawan,pergi round kampung..kadang maghrib tak balik lagi still hebat bercerita..kencang sekali..

pasal baucer buku tu ada la jugak kegunaan,dah orang bagi free takkan tak nak pulak kan.tapi tak tahu nak beli apa.plan asal nak beli koleksi novel bagaikan puteri ala yang ramlee awang murshid tulis tu konon-konon tak nak baca novel cinta sebab cerita sama je tapi susah la bai nak cari and end up with namaku bedah,bidadari hujan and kurela cinta ini bertamu..dah cakap dah jalam cerita sama je tapi ok la barang free bukan beli guna duit pun.ada 3 keping lagi tak guna.

jumaat lepas aku jumpa bff aku zaman sekolah dulu,ira & ika (fatin tak de dia tak balik lagi dari mesir time tu) pergi jalan and tengok barang kat kedai kat tesco kb.so dapat la ole2 dari ika sebab hari tu dia pergi vietnam bracelet & beg kecik yang muat letak enset tak tahu la pulak panggil apa..macam biasa tiada gambar sebab kami ni bukan jenis yang suka bergambar.susah nak tengok gambar kami bersama kecuali raya je la.so sekarang ni terasa amat feminin apabila memakai bracelet dengan bunyi kaching!kaching! gurly nya aku rasa..hahaha

aku rasa setakat ni je la.ni la dah lama sangat tak menaip.banyak nak cerita tapi terabur semacam..
sebelum tu nak tempek gambar dulu sebab dah lama tak naikkan saham..

amacam? aku cun tak?

6 comments: