Friday, February 24, 2012

jangan mengata kat orang nanti kita yang terkena..life is karma

            *nama aku noor saadah bukan nye nurul.tu nametag orang lain aku guna :p


Assalamualaikum semua..ada ke yang baca ni? biar je la kan..straight to the point jer la kan aku tak pro nak buat intro bagai ni,perempuan masalah utama adalah mulut.aku mengaku yang aku ni cakap lepas sampai kadang2 ada orang yang boleh sentap dengan mulut aku ni,so mintak maaf la semua nya ye kalau ini ada menyentuh sensitiviti sesiapa.

dulu la dulu masa aku kecik kalau mak aku bawak pergi kenduri kawen mesti hepi giler kan,tapi satu hal perangai keji aku,aku akan kutuk pengantin tu..contoh nya la kan masa tu umur 7 tahun masih suci & bersih lagi,pergi la kenduri kawen kat kampung aku jugak..kadang-kadang bebudak ni pergi kenduri ni bukannya nak makan sangat pun..saje je nanti dapat jumpa kawan,time tu tak der la lagi gatal-gatal teropong mamat hensem.nak dijadikan cerita pengantin perempuan tu gemuk & lelaki pulak kurus so memang nampak beza la kan..dengan celopar nye aku cakap kat mak aku 'tak lawa la pengantin perempuan tu gemuk gedempol..laki pulak cekeding'..see jahat kan memang nak kena cibai la kan..

so sekarang ni aku pulak yang gemuk & bila ingat balik mende tu rasa bersalah la pulak kan..kesian pengantin tu..sekarang ni aku tak pernah pasang niat nak bersanding bila kawen tu (i.Allah la kalau jodoh sampai) sebab aku tak nak nanti orang bandingkan aku dengan husband gonna be aku tu pulak..dah la sanding tu tak de dalam islam tambah pulak dosa bakal tetamu aku tu..tak nak k

masa dalam tahun2007 nak dijadikan cerita ada la sorang lelaki masuk merisik sepupu aku..then bila ayah dia tanya nak terima ke tak sepupu aku tak nak lepas tu baru la pecah tembelang rupa;rupanya dia dah kawen kat siam dah berbulan-bulan jadi isteri no.2.masa tu family dia memang tak boleh terima la kan sebab dah malukan family dia..mak ayah aku je yang layan dia dengan baik..time tu aku memang kutuk kaw-kaw la dah macam tak der laki yang single ke dalam dunia ni nak dibuat suami kan? perampas dll kat depan mak ayah aku..then mak ayah aku pesan 'jangan mengata lebih-lebih kat orang,tak jadi kat kita boleh la cakap..masa depan kau tu tak tahu lagi' so aku senyap..

so sekarang ni kalau ada kes cam tu aku diam je sebab aku tak nak that such thing jadi kat aku..mintak jauh la kan..and know what sepupu aku tu bahagia sekarang dia dengan 1st wife tu kamceng..selalu tukar juadah..kalau beli apa-apa pun selalu beli untuk madu..anak-anak pun boleh teriam..bila aku fikirkan dia tak mintak pun nak jadi no.2,tu memang jodoh dia..walau dia lari sejauh mana pun jodoh tetap jodoh semua tu kerja Allah S.W.T.

tahun 2009 masa tu aku lepas spm ada la dengar yang sipolan ni mengandung masa nak amek spm..tapi perut tak nampak sangat sebab anak 1st kan..so aku cerita kat mak ayah aku ..diorang rilek je tak kata apa-apa just tanya betul ke? aku pun bagi la sebab musabab yang orang cakap macam tu..diorang tak komen apa-apa sebab mak aku cakap 'tak boleh cakap lebih-lebih nanti jadi kat anak kita,mak ada 2 orang anak perempuan yang nak kena jaga.kena kat diri sendiri nanti baru pandan muka mak dengan ayah' .macam tu la mak aku cakap...

so sekarang ni kalau jumpa dengan kes-kes yang macam tu at 1st memang la terkutuk sikit-sikit tapi bila aku duk sorang & fikir balik aku senyap je & lepas tu dah tak kata apa-apa sebab tak nak such thing tu nanti berbalik kat aku..







_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

Sunday, February 19, 2012

mana loghat awak?

salam readers..for the first time post something dari pontian johor
ye kalian semua aku sekarang ni berada di pontian sebab nak kena praktikal kat hospital pontian..jauh jugak la perjalanan dari timur ke selatan..16 jam wey kat atas bas.kebas bontot? tak yah nak cakap la kan tapi nak buat cam mana terpaksa mengikut arahan

semalam aku dengan kawan-kawan aku keluar pergi bandar pontian saja nak cuci mata sambil tu cari makanan tuk puaskan nafsu makan tu..susah wey housing area ni jauh dengan kedai makan..kurus la aku nanti..kang dah tak gebu pipi..ko mampu?

cerita nya macam ni kitaorang pergi la cari kedai makan kat bandar pontian ni..terpaksa la cakap luar sebab kang kalau aku cakap kelantan orang sini tak faham pulak..kekok sikit rasa sebab dah lama tak cakap luar kan,boleh terpeleot lidah ni..lepas abang tu hantar makanan yang diorder dia tanya la ni asal mana,member aku jawab la dari kb..then abang tu point kat aku sambil cakap 'tapi awak tak der bunyi loghat kelantan pun..awak orang luar ke?'
haha lucu plak,dah lama tak der orang ucap ayat tu kat aku

dulu masa kat matrik n9 kawan aku yang baru masuk sebab dia panggilan ke-2..dia budak mrsm merbok if i'm not mistaken,lepas cakap2 dan dah boleh ngam sikit2 dia tanya aku 'dulu sekolah mana?' 
'sbpi batu rakit'
'kat mana tu?'
'kat terengganu'
'jauhnya sekolah'
'eh tak de la dekat je'
'dekat apanya selangor dengan terengganu'
'wey aku orang terengganu la'
'laa ingat kan orang selangor sebab tak de bunyi loghat pun'

then 1 lagi cerita kawan 1 sekolah kepada kawan praktikum aku (eh korang paham dok ni)
dia cakap kat aku lepas berbulan2 kitaorang kenal 'dulu masa mula2 kenal dengan ko,aku ingatkan ko orang selangor ke,kieyl ke tapi rupanya ko orang terengganu..tapi seyes tak de pun bunyi loghat terengganu ataupun kelantan ko..kalo ko cakap ko orang selangor memang aku percaya'

seeeeeeeeeeee...mana loghat aku????

p/s : makanang sini dok sedak..nasik lembek..nok balik makang kat ganu dok pong kelatang
tengoh duk bayang best nye kalu buleh ranggoh nasik kerabu

Sunday, February 12, 2012

resepi kek coklat tersangat mudah

ok hobi aku memang buat kek..sedap ke tak sedap belakang kira..jadi ke tak lagi la duk kat belakang...yang penting puas kan...mak aku pulak dia buat cara halus tahu..hari aku balik je mesti dia beli gandum & letak kat tepi dapur dengan harapan aku nampak gandum tu & buat sesuatu agar menjadi makanan untuk perut-perut yang tersayang..pandai kan mak aku

resepi ni pun aku dapat dari internet jugak,disebabkan senang so aku nak kongsi dengan korang..mana la tahu nak buat kek lepas tu boleh la nk eksyen kat pakwe yang kita ni dah boleh buat kek..bawak jumpa mak mentuan konpem saham up wey

so ni resepinya
 bahan A ( diayak & digaul )
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
3/4 cawan serbuk koko
1/2 camca kecil soda bicarbonate
1/2 camca kecil baking powder

bahan B ( dipukul )
2-3 biji telur ( aku guna 2 biji je )
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan air suam

cara-cara
1.ayak semua bahan A.kemudian gaul
2.pukul bahan B hingga agak kembang ( korang pukul je sedaya yang mampu )
3.satukan bahan A & B diselang-selikan dengan air suam (kacau slow-slow )
*adunan akan jadi kilat & likat ( bukan kilat sabung menyabung)
4.sedia untuk dibakar @ kukus untuk 45@6o minit

** untuk korang2 yang kat rumah tak der oven untuk bakar kek boleh jer bakar kat atas dapur dalam pembakar kek yang memang dikhaskan untuk kegunaan dapur tu sebab aku pun buat macam tu jugak

so selamat mencuba..lepas ni ingat nak bagi resepi donut la plak sebab aku dah pandai hak3

sori tak da gambar tapi kalau korang try & ikut cara yang diajar tu menjadi la kek tu

Friday, February 3, 2012

sms yang annoying

salam jumaat semuaaaaaaaaaa..eksaited tak taip cam tu hew hew hew
manjew tak itew...ok i will stop the crap

as a forever alone jarang sangat la nak dapat sms dari yang tersayang kan,member kadang2 je sebab aku faham masing2 sibuk dengan dunia sendiri..so most sms yang aku dapat bagi aku tersangatlah annoying..kadang2 macam tak der function pun guna enset

so ni antara yang aku biasa dapat

1.RM0.00 Kpd 60136xxxxxx Sila htr ON AT ke 36606 & terima servis SMS mobile PERCUMA. Caj pdftrn Percuma! ( hotak kau ingat aku nak ke servis tu & kalau aku send benda ni bukan percuma pun tu just taktik nak tarik minat untuk orang melanggan.paling kurang lesap la 2,3 hinggit kredit )

2.RM0.00 Kpd 60136xxxxxx Sila htr ON AT ke 36606 & terima servis SMS mobile PERCUMA. Caj pdftrn Percuma!
( tak der maknanya nak ber call me tones bagai,jarang sangat aku dapat phone call..buat rugi jer..dengar jer ringtone tuuut tuuut tuuut tu tak pekak pun )

3.Tahniah! Anda buat 1 pggln semalam & mengumpul 10 Koinz. Jumlah skrg: 2730 Koinz. Terus buat pggln utk dpt lebih bnyk Koinz & kekalkan infeksi Kolony!
( ni plak sms dari kolony,walaupun dah offline pun tetap akan disend jugak,aku selalu perasan bila ada sms masuk ingatkan ada la dari sape2 yang nak adjust kan tapi caitt kolony jer,and fyi panggilan tu aku buat kepada bapa saudara aku )

4.Your account does not have a sufficient balance for calls to the dialed number.Please recharge your account first.Dial <Recharge No.>to recharge your account.
( fuuuu tak der kredit! anyone share plisssss)

5.lee hom lovers!catch him live in concert on 3.3.12 with exclusive 20% discount on concert tix from xpax.send LEEHOM to 28881 & reload minrm30 b4 21.1.T&C apply
( nak reload rm30 memang tak arr dah rm10 boleh tahan sampai 1 bulan)

*kadang2 dapat sms yang start dengan : anda sunyi? perlukan teman? sila taip on blablabla
menganjing giler sms camni macam nak terbang jer enset