Friday, February 24, 2012

jangan mengata kat orang nanti kita yang terkena..life is karma

            *nama aku noor saadah bukan nye nurul.tu nametag orang lain aku guna :p


Assalamualaikum semua..ada ke yang baca ni? biar je la kan..straight to the point jer la kan aku tak pro nak buat intro bagai ni,perempuan masalah utama adalah mulut.aku mengaku yang aku ni cakap lepas sampai kadang2 ada orang yang boleh sentap dengan mulut aku ni,so mintak maaf la semua nya ye kalau ini ada menyentuh sensitiviti sesiapa.

dulu la dulu masa aku kecik kalau mak aku bawak pergi kenduri kawen mesti hepi giler kan,tapi satu hal perangai keji aku,aku akan kutuk pengantin tu..contoh nya la kan masa tu umur 7 tahun masih suci & bersih lagi,pergi la kenduri kawen kat kampung aku jugak..kadang-kadang bebudak ni pergi kenduri ni bukannya nak makan sangat pun..saje je nanti dapat jumpa kawan,time tu tak der la lagi gatal-gatal teropong mamat hensem.nak dijadikan cerita pengantin perempuan tu gemuk & lelaki pulak kurus so memang nampak beza la kan..dengan celopar nye aku cakap kat mak aku 'tak lawa la pengantin perempuan tu gemuk gedempol..laki pulak cekeding'..see jahat kan memang nak kena cibai la kan..

so sekarang ni aku pulak yang gemuk & bila ingat balik mende tu rasa bersalah la pulak kan..kesian pengantin tu..sekarang ni aku tak pernah pasang niat nak bersanding bila kawen tu (i.Allah la kalau jodoh sampai) sebab aku tak nak nanti orang bandingkan aku dengan husband gonna be aku tu pulak..dah la sanding tu tak de dalam islam tambah pulak dosa bakal tetamu aku tu..tak nak k

masa dalam tahun2007 nak dijadikan cerita ada la sorang lelaki masuk merisik sepupu aku..then bila ayah dia tanya nak terima ke tak sepupu aku tak nak lepas tu baru la pecah tembelang rupa;rupanya dia dah kawen kat siam dah berbulan-bulan jadi isteri no.2.masa tu family dia memang tak boleh terima la kan sebab dah malukan family dia..mak ayah aku je yang layan dia dengan baik..time tu aku memang kutuk kaw-kaw la dah macam tak der laki yang single ke dalam dunia ni nak dibuat suami kan? perampas dll kat depan mak ayah aku..then mak ayah aku pesan 'jangan mengata lebih-lebih kat orang,tak jadi kat kita boleh la cakap..masa depan kau tu tak tahu lagi' so aku senyap..

so sekarang ni kalau ada kes cam tu aku diam je sebab aku tak nak that such thing jadi kat aku..mintak jauh la kan..and know what sepupu aku tu bahagia sekarang dia dengan 1st wife tu kamceng..selalu tukar juadah..kalau beli apa-apa pun selalu beli untuk madu..anak-anak pun boleh teriam..bila aku fikirkan dia tak mintak pun nak jadi no.2,tu memang jodoh dia..walau dia lari sejauh mana pun jodoh tetap jodoh semua tu kerja Allah S.W.T.

tahun 2009 masa tu aku lepas spm ada la dengar yang sipolan ni mengandung masa nak amek spm..tapi perut tak nampak sangat sebab anak 1st kan..so aku cerita kat mak ayah aku ..diorang rilek je tak kata apa-apa just tanya betul ke? aku pun bagi la sebab musabab yang orang cakap macam tu..diorang tak komen apa-apa sebab mak aku cakap 'tak boleh cakap lebih-lebih nanti jadi kat anak kita,mak ada 2 orang anak perempuan yang nak kena jaga.kena kat diri sendiri nanti baru pandan muka mak dengan ayah' .macam tu la mak aku cakap...

so sekarang ni kalau jumpa dengan kes-kes yang macam tu at 1st memang la terkutuk sikit-sikit tapi bila aku duk sorang & fikir balik aku senyap je & lepas tu dah tak kata apa-apa sebab tak nak such thing tu nanti berbalik kat aku..







_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://html.expresso.me/smileys

2 comments:

  1. yup..stuju..=]
    tibe2..teringat, mg sokmo duk ngutuk ak
    skali, kna ke mg..hehe
    =]=]=]=]

    ReplyDelete