Sunday, February 19, 2012

mana loghat awak?

salam readers..for the first time post something dari pontian johor
ye kalian semua aku sekarang ni berada di pontian sebab nak kena praktikal kat hospital pontian..jauh jugak la perjalanan dari timur ke selatan..16 jam wey kat atas bas.kebas bontot? tak yah nak cakap la kan tapi nak buat cam mana terpaksa mengikut arahan

semalam aku dengan kawan-kawan aku keluar pergi bandar pontian saja nak cuci mata sambil tu cari makanan tuk puaskan nafsu makan tu..susah wey housing area ni jauh dengan kedai makan..kurus la aku nanti..kang dah tak gebu pipi..ko mampu?

cerita nya macam ni kitaorang pergi la cari kedai makan kat bandar pontian ni..terpaksa la cakap luar sebab kang kalau aku cakap kelantan orang sini tak faham pulak..kekok sikit rasa sebab dah lama tak cakap luar kan,boleh terpeleot lidah ni..lepas abang tu hantar makanan yang diorder dia tanya la ni asal mana,member aku jawab la dari kb..then abang tu point kat aku sambil cakap 'tapi awak tak der bunyi loghat kelantan pun..awak orang luar ke?'
haha lucu plak,dah lama tak der orang ucap ayat tu kat aku

dulu masa kat matrik n9 kawan aku yang baru masuk sebab dia panggilan ke-2..dia budak mrsm merbok if i'm not mistaken,lepas cakap2 dan dah boleh ngam sikit2 dia tanya aku 'dulu sekolah mana?' 
'sbpi batu rakit'
'kat mana tu?'
'kat terengganu'
'jauhnya sekolah'
'eh tak de la dekat je'
'dekat apanya selangor dengan terengganu'
'wey aku orang terengganu la'
'laa ingat kan orang selangor sebab tak de bunyi loghat pun'

then 1 lagi cerita kawan 1 sekolah kepada kawan praktikum aku (eh korang paham dok ni)
dia cakap kat aku lepas berbulan2 kitaorang kenal 'dulu masa mula2 kenal dengan ko,aku ingatkan ko orang selangor ke,kieyl ke tapi rupanya ko orang terengganu..tapi seyes tak de pun bunyi loghat terengganu ataupun kelantan ko..kalo ko cakap ko orang selangor memang aku percaya'

seeeeeeeeeeee...mana loghat aku????

p/s : makanang sini dok sedak..nasik lembek..nok balik makang kat ganu dok pong kelatang
tengoh duk bayang best nye kalu buleh ranggoh nasik kerabu

1 comment: