Sunday, February 12, 2012

resepi kek coklat tersangat mudah

ok hobi aku memang buat kek..sedap ke tak sedap belakang kira..jadi ke tak lagi la duk kat belakang...yang penting puas kan...mak aku pulak dia buat cara halus tahu..hari aku balik je mesti dia beli gandum & letak kat tepi dapur dengan harapan aku nampak gandum tu & buat sesuatu agar menjadi makanan untuk perut-perut yang tersayang..pandai kan mak aku

resepi ni pun aku dapat dari internet jugak,disebabkan senang so aku nak kongsi dengan korang..mana la tahu nak buat kek lepas tu boleh la nk eksyen kat pakwe yang kita ni dah boleh buat kek..bawak jumpa mak mentuan konpem saham up wey

so ni resepinya
 bahan A ( diayak & digaul )
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula halus
3/4 cawan serbuk koko
1/2 camca kecil soda bicarbonate
1/2 camca kecil baking powder

bahan B ( dipukul )
2-3 biji telur ( aku guna 2 biji je )
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
1 cawan air suam

cara-cara
1.ayak semua bahan A.kemudian gaul
2.pukul bahan B hingga agak kembang ( korang pukul je sedaya yang mampu )
3.satukan bahan A & B diselang-selikan dengan air suam (kacau slow-slow )
*adunan akan jadi kilat & likat ( bukan kilat sabung menyabung)
4.sedia untuk dibakar @ kukus untuk 45@6o minit

** untuk korang2 yang kat rumah tak der oven untuk bakar kek boleh jer bakar kat atas dapur dalam pembakar kek yang memang dikhaskan untuk kegunaan dapur tu sebab aku pun buat macam tu jugak

so selamat mencuba..lepas ni ingat nak bagi resepi donut la plak sebab aku dah pandai hak3

sori tak da gambar tapi kalau korang try & ikut cara yang diajar tu menjadi la kek tu

1 comment:

  1. Zam dtg sini nak amik no giliran, cun jek dpt 222.. heh2 ;p

    jemput sggh ke blog Zam ;)

    ReplyDelete