Wednesday, November 13, 2013

sebulan lebih dah single

poyo je kan tu pun nak bagi tahu kat blog tapi suka hati gua la kan dah blog gua..perasan ada orang baca
dah sebulan lebih so far so good, air mata ni belum setitik pun keluar sebab jantan tu..yeah! u go girl!

makan seperti biasa
mandi seperti biasa
tidur seperti biasa
tak sama pun macam yang digambarkan dalam lagu-lagu jiwang melayu tu

aku busy dengan life aku
assignment
continuous assessment
tolong senior buat research
erm apa lagi..

oh ye jantan tu dah ada makwe baru
budak lagi, maybe 18 or 19 
aku tak sure
tapi konpem tak lebih dari 20
dulu bukan main lagi ayat kalau putus dengan aku dia akan jadi gila
tapi tak pun
aku nak sangat dia gila
hahahahahaha

budak tu tak private pun fb dia
so aku selalu stalk, duk berlovey dovey kat fb tu
ewekk muntah darah
budak-budak kan bila laki tunjuk kasih sayang kat fb mula la rasa disayangi tahap nak mampus
padahal boleh je nak pasang ramai-ramai

aku bukan tak move on
tapi aku nak tengok setakat mana relationship dia dengan jantan tu
sebab hari tu aku dah pm dia masa mula-mula aku dapat password jantan tu sebab aku tengok dia yang duk chat dengan jantan tu latest duk bersayang babi semua

tapi degil tak nak percaya aku
ingat aku nak rosakkan hubungan dia dengan jantan tu..
what the hell budak?
aku ada banyak lagi benda nak buat selain daripada nak kencing kau
macam la aku hadap sangat jantan tu

well aku perati je permainan dia dari jauh
sebab dari analisis aku budak tu suka update status fb, kebanyakannya mesti tagged keparat tu

well baru 1st month
bahagia lagi ye dik?
dah ajak keparat tu kenal mak bapak
kenal akak abang ye
hahahahaha
lawak gila!

aku yang dengan keparat tu 3 tahun pun tak pernah jejak rumah aku
kau yang baru sebulan?
puiii
apala yang kau harapkan dengan relationship yang sakai macam tu

well tak pe la kalau korang ke jinjang pelamin (mata ke atas )
yang aku rasakan takkan terjadi
mohon jangan menangis 
bunuh diri
or kelar tangan
or 
update status fb yang menampakkan kebangangan kau
sebab time tu aku akan raikan kemenangan aku
aku dah pesan kan?

adios


if u know what i mean


me trying new shawl
dah nama pun single kan harus ber shawl bagai nak tarik perhatian jantan
oh plisss tak hingin


adios

Sunday, October 20, 2013

jujurlah jantan aku tak mengapa!

lagu apa ntah yang aku dengar tadi lagu indon kot tapi dalam lirik tu ada ayat ‘jujurlah sayang aku tak mengapa’.. fine! Versi aku pulak jujurlah jantan aku tak mengapa. Bagi aku dalam relationship ni kejujuran tu tersangat penting..well aku sebenarnya baru je fail dalam relationship..amek ko.padan muka. Haha

frust ke? Serius tak. aku just rasa bodoh je bila fikirkan masa dengan duit yang terbuang selama hampir tiga tahun aku dengan jantan tu, well mulut manis lebih dari gula..tipu la kalau sepanjang aku dengan jantan tu aku tak sayang dia kan, rasa sayang tu ada tapi tak menebal sebab aku pegang prinsip ‘sayang tu boleh tapi jangan sepenuh hati, sebab bila nanti dah jadi apa-apa separuh hati aku masih ada dengan aku’ well thats works for me. so tak de la heartbroken sangat kan sampai tidur tak lena mandi tak basah..pliss la sampai tak da selera makan bagai.

Aku jugak tak pernah simpan impian apa-apa dengan jantan tu such as nak tunang tahun sekian, nak kahwin tahun sekian, nak anak berapa orang..tak da makna nak promise semua benda tu untuk relationship yang entah kemana kan? Aku tak suka nak cakap pasal benda macam tu, aku bukan budak belasan tahun lagi yang nak toreh tangan dengan nama pakwe bagai..what the hell kan semua benda tu..

Sebab apa putus? Nak dijadikan ceritanya macam ni selama ni aku mintak password fb jantan tu tak pernah nak bagi. Macam-macam alasan yang dia bagi lupa password la, fb dia membosankan la, dia tak layan perempuan lain la. Sebenarnya aku bukan nak sangat pun password fb dia tu..aku perati je perangai dia..hari tu aku mintak lagi,so macam biasa dia cakap dia lupa and just bagi emel je kat aku..

Aku tak tahu la sebab apa maybe Allah nak tunjuk kat aku siapa jantan tu sebenarnya so aku just try and error password dia then dapat..so benda first yang nak di stalk off course la messages kan? Amek ko, penuh dengan chat perempuan, ber ‘baby sayang’ pulak tu yang tak menahan, duk pujuk rayu la, gaduh-gaduh manja, pujuk memujuk blablabla banyak lagi la..masalahnya bukan dengan sorang je tapi lebih dari lima orang perempuan..yang aku scroll down tu ada dari april 2011 lagi, aku dengan dia dari oktober 2010,so tak sampai setahun pun dia dah curang sebenarnya tapi baru oktober 2013 aku tahu. Hebat betul permainan jantan tu.
Aku selalu je cakap ‘kalau kau jumpa perempuan lain yang boleh sayang kau, bahagiakan kau lebih dari aku kau boleh cakap dengan aku and aku akan let go  je kau.aku tak kan paksa kau untuk terus dalam relationship ni’ but dia cakap nak aku sorang je, aku sorang je dalam hati dia blablabla..dasar mulut manis!..pergi mampus dengan semua tu..

Aku terus send message maki hamun bagai..mula-mula tak mengaku,dasar dayus. At last mengaku jugak..sempat lagi pujuk aku cakap nak aku sorang..lawak giler kan dan perkataan yang paling banyak aku sebut hari tu ialah ‘babi’. So  sekarang aku single..boleh pulak dia ugut aku sebab aku pedajal dia, hahaha dia ingat aku takut ke..you’re playing with fire dude, i’m ain’t afraid.at all..gua watlek je..hepi dengan hidup gua...

So sekarang macam mana? Aku ok je.seriously. setitik air mata lansung tak keluar..Cuma lepas 2 3 hari tu ada la member-member aku tegur cakap muka aku nampak stress..haha. stress sebab nak marah tapi terbuku di dada tak lepas..cenggitu la jadinya tambah-tambah pulak nak pms haha..so sekarang ni i’m totally okay! Makan macam biasa, gelak kuat-kuat macam biasa..tak de sindrom orang putus cinta lansung.


Apa plan sekarang? Cari jantan baru la! Haha.. tak de la.just enjoying my life being single..


Monday, October 7, 2013

nak cantik ke tidak?

wah giler ngko tajuk.
mai sini mai sini nak jual produk ni.
ubat sembelit ada kak?
ada dik
minyak gamat ada?
mohon hado

gituu!

tapi tu dulu la kan jual pakai mulut tapi sekarang ni orang dah jarang dah guna mulut
orang lebih suka guna jari..apa guna hp memahal berbisnes la uolls.
ye diakui berniaga tu bagus tapi kadang-kadang macam hover gila sampaikan dekat news feed fb tu semua produk ngko je kan. naik muak jugak nengok.
kadang-kadang rasa menyesal pulak like page yang dulu-dulu sebab kebanyakan sekarang ni semua duk pakat jual produk.
tak kisah la clothes,supplement or whatever


yang aku pelik sekarang ni semua rakyat malaysia ni nak putih eh?
semua pakat duk minum produk y tu ( tak boleh cakap nanti tak pasal-pasal retiss tu bash aku lagi kat twitter)
dah sah dah retiss tu masa start berlakon muka dah putih. pastu ramai la yang duk berangan nak kulit macam tu. aku akan percaya kalau diorang bagi produk tu kat rihanna ke remy ishak ke? eh? lepas tu diorang jadi putih. time tu jugak aku akan turut beli hahahaha

pastu tadi aku jumpa page produk x untuk putih jugak yang dari korea tak silap. aku tak tahu la pulak kalau orang korea tu nak putih macam snowman.dah sah-sah majoriti diorang tu berkulit putih 
bagi aku la kan kalau dah memang keluardari perut mak tu kaler coklat tak payah mimpi la nak bertukar jadi kaler pastel pulak..

gambar pulak kebanyakan nya edit, 360 lettew.nyampah. muka sebelum minum kamera tu memang terang-terang nampak muka.tapi lepas minum tu aik apasal kabur pulak gambar tu?



memang la benda tu dapat kelulusan kkm tapi kena pikir untuk jugak untuk long term effect
well ngko ada 2 kidney je.cell kidney kalau dah rosak memang tak akan renew bukan macam bila pakai produk anti penuan cell ngko akan renew balik. CELL KIDNEY TIDAK RENEW OKAY JEMAH BEDAH PAHAM. caps lock gittew takut ada yang terlepas pandang.
kan nanti kena kidney failure merana seumur hidup..iolls takut
panjang pulak bercerita kan pasal produk pemutih ni.

lagi satu semua peniaga on9 ni memang panggil customer dia yunk/yang/yank/sayang eh?
nak jual produk untuk lelaki la kalau cenggini.

p/s : korang tahu tak orang yang berkulit cerah ni lebih berisiko untuk dapar skin cancer sebab kadar melanin pada kulit dorang amat sikit berbanding orang yang berkulit gelap.
well iolls kulit sawo matang 
p/s : peace no war okey.anything komen je tu pun kalau ada yang baca.




Tuesday, September 17, 2013

inner thought crisis

salam untuk umat islam
salam sejahtera untuk non islam

dah lama betul tak update pasal diri sendiri kan
sekarang ni aku dah sambung study dekat usm
impiannya nak ada degree
harapnya la kan
doakan aku dean list
sebab ptptn aku menimbun..
hari tu kecoh jugak dekat tweeter budak laki tak nak kahwin dengan perempuan yang ptptn menimbun
bala


pedulik

so let me tell u a story that's made me have inner thought crisis
ada la mamat pernah kapel dengan minah
tapi mak mamat tu tak berkenan sebab perempuan tu tak lawa
or the rude one is hudoh

so apa yang buat aku pikir panjang
macam mana aku nak berdepan dengan my future mil
if aku nak kahwin one fine day
ada kah aku jugak akan di reject sebegitu?

Thursday, August 1, 2013

sembang kencang

hai uolls Assalamualaikum,romadhon kan harus lah bagi salam agar bertambah barokah nya..amalan aku? tak de la kencang sangat kan,mungkin sebab hati ni banyak sangat titik hitam or dah mengeras..entahlah tapi sape ngko nak judge aku.

aku dulu suka sangat judge hidup orang, contoh la kan orang tu pakai kain sarung pergi kedai the old me akan fikir " ish tak malu ke pakai macam tu pergi kedai"
tapi now aku akan fikir "maybe dia urgent tak sempat nak pakai proper,ok la dari dia tak pakai kain lansung kan"
 macam ada ayat yang orang selalu sebut kan tak bertudung tak semestinya jahat kan, aku ramai je kawan yang freehair tapi perangai ok jer..the old me will said " tak reti-reti nak pakai tudung ker,tak tahu dosa pahala ke"
but now aku akan doakan agar  diorang terbuka hatinya untuk bertudung..
bunyi macam good-good je kan
tak da la kan kita tak boleh la nak judge orang cepat sangat..
#matakeatas

kencang betul aku sembang kan..kalau perbincangan ni dibukak kat kedai kopi mahu 2 3 cawan jugak topik aku ni,tapi aku tak pandai sangat nak menulis.dalam real life aku seorang yang sinis,aku cakap apa yang aku nak cakap..orang sentap..aku apa kisah?
ni la sebab ramai pompuan masuk neraka..aku pulak yang sentap.
apakah?

hokeh la
aku dah dapat apa yang aku nak dari awal tahun hari tu yakni (pui) nak sambung belajar.nak amek degree uolls..riak tak iolls
kalau boleh satu dunia ni aku nak canang hahaha
degree je wey..orang lain sampai buat phd ilek jer

benda ni bermakna sangat bagi aku..dulu lepas spm aku masuk matrik lepas tu fail kat matrik..takde la sampai kena tendang khenn..cuma aku lulus bersyarat so better aku blah cari kehidupan lain pulak..down gila tak yah sembang arrr..duk kenang nasib yang tak menyebelahi aku tu..aku decided amik diploma.kt ipts pulak tu.ptptn tak usah cakap la membukit banyaknya..so dengan dapat buat degree ni mohon agar dean list setiap sem agar ptptn tak payah bayar..kencang betul aku sembang.so see u guys kat usm kk la pulek khenn.

Saturday, April 20, 2013

my kisah lawak

assalamualaikum
mood nak update tetiba ada..mood update ni tahu tak macam apa ia macam berak sembelit tahu..jarang-jarang dapt tapi bagi orang yang ada digestive problem aku tak tahu..speak on normal one la

tak ada apa pun nak bagi tahu some of benda lucu yang aku ingat dalam kepala la

1
adala dalam raya 2011 tesco ada keluarkan buku resepi, i is the student very the suka lepak kat tesco ni..aku suka tengok harga barang sebenarnya..haha gelak jantan
aku amek 1 dan bawak balik rumah,entah macam mana ntah tiba-tiba buku tu boleh keluar dari celah mana pun aku tak tahu..mak aku pun belek-belek la buku tu. dia tengok la ada resepi spageti olio pekebenda ntah.

mak : nampak sedap je
me : boleh la, lebih kurang mee goreng je
mak : seumur hidup tak pernah makan, buat la.
me : no hal,bak duit nak beli bahan.
mak : tunggu gaji la.

my mak is being poyo, nak makan spageti pun nak tunggu gaji.pfffft
mak kan jaga 2 orang budak, tunggu gaji dulu. i is orang kampung, so mak tak pernah makan la benda western ni.. i olls pun tekak melayu jadi jarang try resepi western.
so mak dapat gaji aku pun pergi la beli bahan-bahan for sure nya spageti tu la, sos tomato dalam tin, mushroom, then fresh tomato. bahan lain dah ada kat rumah la such as garam blablabla
aku pun masak la dengan penuh kasih sayang, adik-adik aku semua boleh terima, tanya mak

me : macam mana mak boleh makan ke tak?
mak : kenapa rasa masam macam tu, dah la tak ada sayur..ingatkan kuah cair macam maggi. kalau mak masak mesti dah buat kuah macam kuah maggi lepas tu letak sayur banyak-banyak.
me : mana ada orang buat macam tu.
mak : dah tak tahu.

biasa la kan..tak pe mak lain kali kita masak lagi...ayah aku pun komen tak berapa sedap. bik masak mee kuning je ayah cakap, mak pulak jawab tak cuba mana tahu dah cuba ni dah tahu la apa rasa..ingatkan sebap sangat. miahahahahaha
thats my family.


2
ni pasal kawan aku masa dip
for kelantanese for sure akan faham cerita aku ni. masa tu kami dalam wad, dalam wad ada tv..wad tu pulak boleh lepak coz tak busy.so aku dengan member aku tu pergi la berdiri depan tv

me : aik bakpo tb 2 nyo, alih la
friend : eh mung ni ikut suko mung jah nok alih, maroh ko ore
me : bakpo nok maroh nyo takdok ore tengok pun eh.
friend : eh dio ni bengong la kalu mung alih gak kena maroh ko staffnurse la wey.
me : maksud aku alih tu tukar siaran buke alih letok lain
friend : oloh sumak la, royak la tukar siare ni gak duk alih alih, nok alih g letok mana
me + friend : hahahahahahahaha 
#gelaksakan



3
ni pun kisah dengan friend aku jugak.orang yang sama
dia tegur aku kat fb..chat punye chat aku pun balas kat dia 
me : berat 66 mung
lepas tu dia tanya apa ntah aku lambat reply dia pun sms aku

friend : nor gapo petua mung jadi kurus?
me : bilo maso pulok aku kurusnyo?
friend : doh mung royak berat mung 66
me : alaa tolol la mung, maksud aku berat 66 tu berat nanang bukan berat aku 66kg.palo masuk air la.
friend : glow main nge mung ni..alih tb tu ( dia refer kepada kisah no.2 )
me : hahahahahahaha sumak



untuk aku kelakar la..korang tak kelakar bukan masalah aku






yup aku 9gaggers

Sunday, March 24, 2013

meroyan

aku perempuan
kadangkala tenang macam air tasik or sungai klang
orang tak tahu apa yang ada pada dasar

aku perempuan
kadangkala mengamuk bagaikan binatang buas
PMS 
apa boleh buat
ALASAN

aku perempuan
normal la ada pakwe..katakau
padahal orang lain yang tak ada pakwe bukan la tak normal
mereka limited edition
aku cap pasar malam

aku perempuan
pakai tudung,itu suruhan
tapi aurat tak tutup dengan proper pun
padahal itu pun suruhan
masih pakai lengan pendek,masih lagi tudung atas paras dada
seluar masih ketat walaupun peha sebesar anak badak
apa kau kisah
itu peha aku & lemak aku

aku perempuan
yang baru habis diploma dari IPTS
berangan nak sambung degree di IPTA
perasan..kadang-kadang pesimis
entah dapat ke tidak

aku perempuan 
yang guna phone nokia lampu suluh
senang katakau nak meraba dalam gelap
cahaya itu ada
yang dengan selamba bersms dengan pakwe menggunakan phone itu
tatkala teman lain dengan bangga mengeluarkan smartphone
apa nak malu,aku punya phone

aku perempuan
sudah pun bagitahu kepada pakwe aku
yang aku ini keluarga miskin
rumah buruk tapi didalamnya bahagia walaupun gegak gempita dengan suara aku memaki hamun adik-adik aku
untuk kebaikan bukan untuk pedajal
biar jadi manusia sikit

aku perempuan
yang cakapnya tak berlapis
persekitaran barangkali
kadangkala diterima tak kurang juga yang sentap
tapi itu aku
tidak mahu menambahkan lagi jumlah plastik di bumi ini

aku perempuan 
tapi bukanla yang terakhir




ya aku perempuan
kadangkala bajet lawa


 kadangkala posing cam nokhorrom
*wink-wink
dengan harapan ada yang tergoada








p/s : abaikan kaki sebesar upih di belakang

Friday, February 8, 2013

perjalanan hidup ini

Assalamualaikum readers
life is going well or not? if not pergi bersihkan hati korang
baik tak opening aku ni..wah3x 
hamek kau tittle post ni tk boleh blah,sebenarnya aku nak buat ni entry yang sedih tapi tak tahu lasedih ke tak sebab aku ni bukan yang reti nak sedih lama-lama sangat.

sebenarnya nenek aku belah ayah dah pergi menghadap Ilahi pada 26 januari aritu,masa arwah mula-mula takder aku nangis jugak la..ye la kan dah nama nenek aku takkan nak gelak pulak..arwah meninggal dekat hospital besut,trg dalam 9.45 am gitu..ceritanya macam ni arwah berumur 74 tahun dis year,tu dalam ic la real punyer tak tahu sebab orang dulu-dulu kan daftar lambat so tak tahu date yang betul nye bila..arwah seorang yang kurus tak macam cucunya ni yang terlebih lemak,menggelebeh sana sini.

masa tu sabtu malam ahad around 2.15 am gitu,aku baru je lelap around 30min the aku tersedar balik sebab mak aku bangun,so aku pun macam pelik 'aik dah subuh ke' tengok jam dekat hp cikai baru 2 suku..lepas tu ayah aku kejut cakap 'mak ( panggilan untuk arwah) muntah & berak berdarah' aku pun bangun la then ikut sama pergi ke hosp. besut..ada la dalam 2 jm lebih dekat a&e tu baru la admit ward.dr nak hantar pergi ke kota bharu sebab kat besut ni tak lengkap kepakarannya.at 1st tak setuju tapi last arwah nenek nak pergi,so kita pun transfer la ke kota bharu..tapi bukan aku yang naik ambulans sebab aku ralat..aku follow dengan kereta 

masa dekat a&e tu arwah kena masukkan wayar kencing (cbd) sebab nak mudahkan kerja,dimasukkan jugak ng tube..tube yang masukkan ikut hidung tu sebab muntah berdarah.banyak jugak la darah dalam bag tu..lama jugak dekat a&e tu lepas tu baru tolak masuk ward..arwah di diagnosekan gastrointestinal (git) bleeding due to painkiller..for those yang tak tahu macam ni painkiller tu sebenarnya akan irritate stomachlining kita sebab tu tak boleh amek dengan perut kosong.kena makan dulu..so faham-faham la orang tua makan banyak mana..idok la sama macam cucu nya makan bernafsu syaitonn ni.sebab tu la boleh bleeding..2nd diagnose nye osteoporosis ye la kan umur pun dah masuk 74 tahun..

spinal dia bergesel,cecair dah kurang,.arwah pernah jatuh jugak kat rumah atas sebab-seba yang tak dapat nak dielakkan..tulang femur dia dah macam keluar sikit dari soket gitu la lebih kurang..so sepanjang dekat hosp. kb tu arwah dimasukkan 3pint darah sebab banyak blood loss kan..sepanjang kat sana aku la yang jaga dengan abang aku..sebab utama aku kan dip holder in nursing..masa kat kb tu tak adaany complication so khamis tu dah transfer balik ke hosp.besut..

lepas balik ke besut tu la arwah jadi tenat..dia berak berdarah banyak sangat..aku la yang tukang cuci sebab aku kan amek bidang nursing,arwah selesa dengan cara aku,dia cakap tak payah banyak bergerak,sekejap pun dah siap..tak sakit..terharu aku..masa tu family semua dah bacakan yasin..aku sekejap baca sekejap nangis..sampai teresak-esak..

masa tu ari jumaat arwah makin tenat,banyak wayar-wayar yang berselirat..masukkan ubat through intravenous..arwah kena puasa sebab kalau makan nanti akan muntah..masa dekat kb tu pun arwah makan 3 cubit je roti yang aku suapkan..tu pun nak kena pujuk dulu sebab nak makan ubat..petang tu arwah muntah berdarah,banyak jugak yang keluar through mulut even dah ada ng tube..aku la yang bersihkan semua tu...misi kat sana lepak je siap tidur kat kaunter BERDENGKUR !senang nye la jadi misi zaman sekarang ni..

malam last tu arwah berak berdarah 2 kali..semua nya banyak..aku dah start risau..dia dah tak bloeh banyak gerak,aku cari nadi kat kaki..rasa slow sangat..lower limb pun dah jadi kejang masa aku nak tukarkan pampers tu..

so pagi tu arwah menghembuskan nafas terakhir dengan tenang tanpa ada sebarang kesakitan..masa kat rumah aku lah yang tolong mandikan mayat semua..sebab aku yang jaga dia sepanjang kat hosp tu aku tak boleh nak cium sebab aku sebak sangat..
arwah dikebumikan selepas asar betul-betul bersebelahan dengan kubur arwah atuk aku...moga arwah aman disana & ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Al-Fatihah


dari Dia kita datang
kepada Dia juga kita kembali
9 gambar google )

Friday, January 11, 2013

Kejian kau tak berparut pun

Kenapa sekarang ni mulut aku lancang sangat,ishh tak de la,aku hanya bermulut lancang dengan sesetengah orang je. Kalau orang tu polite dengan aku,aku akan polite dengan dia,no point untuk aku rude, aku pun faham jugak tatasusila semua jadah ni.
Yang ni aku sangat-sangat tidak faham,ada satu pagi tu aku tengok jam 5.50 a.m so aku kejut adik aku biar dia bersiap awal sikit. Then pukul 6 a.m ada 1 unknown number yang sms aku,dialog nya more or less macam ni la aku dah delete sms tu
Anon : asmekom,tidur lagi ke ?
Me : w’salam,sape ni
Anon : kamal
Me : kamal mane plak?
( in case aku hanya ada 1 orang kawan nama kamal & dia tak pernah pulak nak sms aku bagai)
Anon : kamal kubang kerian
Me : amek dari mana no ni
Anon : dari kawan saya nama buja,dia orang bachok
Aku time tu dah panas dah,what in the world aku tak pernah ada kawan nama buja + kawan lelaki yang duduk kat bachok. Nampak sangat la dia tipu aku,tapi dia tetap tegaskan yang dia ambik dengan buja, nak percaya ke tak tu aku punya hal. Ok fine, aku dah malas nak layan so sambung tidur sebab aku dah bagitahu kat dia yang aku tak suka sms dengan orang yang aku tak kenal boleh pulak suruh aku buat-buat kenal dia. Okeh jantan ni memang tak faham bahasa sekarang.
Aku satu hal perangai aku, aku tak suka nak layan orang yang aku tak kenal, bila no tak kenal masuk aku just akan tanya dia tu sape sebab mana la tahu kan member aku tukar nombor baru..kalau aku tak kenal no tu aku akan cakap dia salah nombor & kalau dia sms jugak aku akan cakap tak berminat. Tapi si polan yang ni amat la tidak faham bahasa nye pun,berbakul-bakul sumpahan dalam hati,mendidih okey! Aku ni bukan nak perbesarkan hal yang kecik,tapi dah aku cakap tak suka kau nak sms jugak memang wa naik baran der.
Dia sms lagi,aku cakap aku dah kawen.ada anak laki 2 orang,sekarang ni umur 24,kawen masa umur 20 tahun dia boleh pulak nak pertikaikan umur aku kawen muda..time ni aku dah guna bahasa kasar, dia boleh pulak tegur suruh guna bahasa sopan..sedangkan dia tu yang tak nak faham bahasa. Aku dah cakap aku ni isteri orang dia tetap nak sms jugak. Aku tak reply. Dia call aku tak angkat. Untuk apa kan ? so orang macam ni senang je kita tambahkan aje ke senarai screen list..huh aman hidup aku..apa kau ingat keje aku ke nak ber sms dengan kau,bukan dapat gaji pun end of the story.
Ni lain punya hal,member aku dari kecik yang mulut nya teramatlah longkang. Dia boleh tegur aku suruh cakap elok-elok dengan dia  since aku ni perempuan,hell no! Ain’t nobody got time for that. Dengan perangai kau yang bermulut longkang tak der maknanya nak bermulut manis dengan kau..satu hal dalam buku tulis bila orang keji kita, kita kena guna reverse psychology dengan dia,tapi dalam kes ni tak berguna lansung..aku dah try dah,aku tak layan, makin teruk dia keji. Aku bagi tahu hukum-hukum agama,dia berdebat dengan aku..tiap kali sms aku mesti 1st perkataan dia gemuk!! Perkataan tu tak berbirat lansung, tak mati pun aku dengan kata-kata tu. Kalau kata-kata dia tu boleh bunuh aku dah lama agaknya aku mati. Tapi tak aku tetap sihat malah bertambah sihat. So kau nak keji aku banyak mana pun keji la selagi kau mampu..tak berbirat lansung malah aku berterima kasih sangat dengan kejia kau tu sebab sentiasa buat aku sedar diri siapa aku ni..

TAK MATI DEK KEJI, TAK SIHAT DEK MAKI