Friday, February 8, 2013

perjalanan hidup ini

Assalamualaikum readers
life is going well or not? if not pergi bersihkan hati korang
baik tak opening aku ni..wah3x 
hamek kau tittle post ni tk boleh blah,sebenarnya aku nak buat ni entry yang sedih tapi tak tahu lasedih ke tak sebab aku ni bukan yang reti nak sedih lama-lama sangat.

sebenarnya nenek aku belah ayah dah pergi menghadap Ilahi pada 26 januari aritu,masa arwah mula-mula takder aku nangis jugak la..ye la kan dah nama nenek aku takkan nak gelak pulak..arwah meninggal dekat hospital besut,trg dalam 9.45 am gitu..ceritanya macam ni arwah berumur 74 tahun dis year,tu dalam ic la real punyer tak tahu sebab orang dulu-dulu kan daftar lambat so tak tahu date yang betul nye bila..arwah seorang yang kurus tak macam cucunya ni yang terlebih lemak,menggelebeh sana sini.

masa tu sabtu malam ahad around 2.15 am gitu,aku baru je lelap around 30min the aku tersedar balik sebab mak aku bangun,so aku pun macam pelik 'aik dah subuh ke' tengok jam dekat hp cikai baru 2 suku..lepas tu ayah aku kejut cakap 'mak ( panggilan untuk arwah) muntah & berak berdarah' aku pun bangun la then ikut sama pergi ke hosp. besut..ada la dalam 2 jm lebih dekat a&e tu baru la admit ward.dr nak hantar pergi ke kota bharu sebab kat besut ni tak lengkap kepakarannya.at 1st tak setuju tapi last arwah nenek nak pergi,so kita pun transfer la ke kota bharu..tapi bukan aku yang naik ambulans sebab aku ralat..aku follow dengan kereta 

masa dekat a&e tu arwah kena masukkan wayar kencing (cbd) sebab nak mudahkan kerja,dimasukkan jugak ng tube..tube yang masukkan ikut hidung tu sebab muntah berdarah.banyak jugak la darah dalam bag tu..lama jugak dekat a&e tu lepas tu baru tolak masuk ward..arwah di diagnosekan gastrointestinal (git) bleeding due to painkiller..for those yang tak tahu macam ni painkiller tu sebenarnya akan irritate stomachlining kita sebab tu tak boleh amek dengan perut kosong.kena makan dulu..so faham-faham la orang tua makan banyak mana..idok la sama macam cucu nya makan bernafsu syaitonn ni.sebab tu la boleh bleeding..2nd diagnose nye osteoporosis ye la kan umur pun dah masuk 74 tahun..

spinal dia bergesel,cecair dah kurang,.arwah pernah jatuh jugak kat rumah atas sebab-seba yang tak dapat nak dielakkan..tulang femur dia dah macam keluar sikit dari soket gitu la lebih kurang..so sepanjang dekat hosp. kb tu arwah dimasukkan 3pint darah sebab banyak blood loss kan..sepanjang kat sana aku la yang jaga dengan abang aku..sebab utama aku kan dip holder in nursing..masa kat kb tu tak adaany complication so khamis tu dah transfer balik ke hosp.besut..

lepas balik ke besut tu la arwah jadi tenat..dia berak berdarah banyak sangat..aku la yang tukang cuci sebab aku kan amek bidang nursing,arwah selesa dengan cara aku,dia cakap tak payah banyak bergerak,sekejap pun dah siap..tak sakit..terharu aku..masa tu family semua dah bacakan yasin..aku sekejap baca sekejap nangis..sampai teresak-esak..

masa tu ari jumaat arwah makin tenat,banyak wayar-wayar yang berselirat..masukkan ubat through intravenous..arwah kena puasa sebab kalau makan nanti akan muntah..masa dekat kb tu pun arwah makan 3 cubit je roti yang aku suapkan..tu pun nak kena pujuk dulu sebab nak makan ubat..petang tu arwah muntah berdarah,banyak jugak yang keluar through mulut even dah ada ng tube..aku la yang bersihkan semua tu...misi kat sana lepak je siap tidur kat kaunter BERDENGKUR !senang nye la jadi misi zaman sekarang ni..

malam last tu arwah berak berdarah 2 kali..semua nya banyak..aku dah start risau..dia dah tak bloeh banyak gerak,aku cari nadi kat kaki..rasa slow sangat..lower limb pun dah jadi kejang masa aku nak tukarkan pampers tu..

so pagi tu arwah menghembuskan nafas terakhir dengan tenang tanpa ada sebarang kesakitan..masa kat rumah aku lah yang tolong mandikan mayat semua..sebab aku yang jaga dia sepanjang kat hosp tu aku tak boleh nak cium sebab aku sebak sangat..
arwah dikebumikan selepas asar betul-betul bersebelahan dengan kubur arwah atuk aku...moga arwah aman disana & ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..
Al-Fatihah


dari Dia kita datang
kepada Dia juga kita kembali
9 gambar google )

No comments:

Post a Comment