Sunday, October 20, 2013

jujurlah jantan aku tak mengapa!

lagu apa ntah yang aku dengar tadi lagu indon kot tapi dalam lirik tu ada ayat ‘jujurlah sayang aku tak mengapa’.. fine! Versi aku pulak jujurlah jantan aku tak mengapa. Bagi aku dalam relationship ni kejujuran tu tersangat penting..well aku sebenarnya baru je fail dalam relationship..amek ko.padan muka. Haha

frust ke? Serius tak. aku just rasa bodoh je bila fikirkan masa dengan duit yang terbuang selama hampir tiga tahun aku dengan jantan tu, well mulut manis lebih dari gula..tipu la kalau sepanjang aku dengan jantan tu aku tak sayang dia kan, rasa sayang tu ada tapi tak menebal sebab aku pegang prinsip ‘sayang tu boleh tapi jangan sepenuh hati, sebab bila nanti dah jadi apa-apa separuh hati aku masih ada dengan aku’ well thats works for me. so tak de la heartbroken sangat kan sampai tidur tak lena mandi tak basah..pliss la sampai tak da selera makan bagai.

Aku jugak tak pernah simpan impian apa-apa dengan jantan tu such as nak tunang tahun sekian, nak kahwin tahun sekian, nak anak berapa orang..tak da makna nak promise semua benda tu untuk relationship yang entah kemana kan? Aku tak suka nak cakap pasal benda macam tu, aku bukan budak belasan tahun lagi yang nak toreh tangan dengan nama pakwe bagai..what the hell kan semua benda tu..

Sebab apa putus? Nak dijadikan ceritanya macam ni selama ni aku mintak password fb jantan tu tak pernah nak bagi. Macam-macam alasan yang dia bagi lupa password la, fb dia membosankan la, dia tak layan perempuan lain la. Sebenarnya aku bukan nak sangat pun password fb dia tu..aku perati je perangai dia..hari tu aku mintak lagi,so macam biasa dia cakap dia lupa and just bagi emel je kat aku..

Aku tak tahu la sebab apa maybe Allah nak tunjuk kat aku siapa jantan tu sebenarnya so aku just try and error password dia then dapat..so benda first yang nak di stalk off course la messages kan? Amek ko, penuh dengan chat perempuan, ber ‘baby sayang’ pulak tu yang tak menahan, duk pujuk rayu la, gaduh-gaduh manja, pujuk memujuk blablabla banyak lagi la..masalahnya bukan dengan sorang je tapi lebih dari lima orang perempuan..yang aku scroll down tu ada dari april 2011 lagi, aku dengan dia dari oktober 2010,so tak sampai setahun pun dia dah curang sebenarnya tapi baru oktober 2013 aku tahu. Hebat betul permainan jantan tu.
Aku selalu je cakap ‘kalau kau jumpa perempuan lain yang boleh sayang kau, bahagiakan kau lebih dari aku kau boleh cakap dengan aku and aku akan let go  je kau.aku tak kan paksa kau untuk terus dalam relationship ni’ but dia cakap nak aku sorang je, aku sorang je dalam hati dia blablabla..dasar mulut manis!..pergi mampus dengan semua tu..

Aku terus send message maki hamun bagai..mula-mula tak mengaku,dasar dayus. At last mengaku jugak..sempat lagi pujuk aku cakap nak aku sorang..lawak giler kan dan perkataan yang paling banyak aku sebut hari tu ialah ‘babi’. So  sekarang aku single..boleh pulak dia ugut aku sebab aku pedajal dia, hahaha dia ingat aku takut ke..you’re playing with fire dude, i’m ain’t afraid.at all..gua watlek je..hepi dengan hidup gua...

So sekarang macam mana? Aku ok je.seriously. setitik air mata lansung tak keluar..Cuma lepas 2 3 hari tu ada la member-member aku tegur cakap muka aku nampak stress..haha. stress sebab nak marah tapi terbuku di dada tak lepas..cenggitu la jadinya tambah-tambah pulak nak pms haha..so sekarang ni i’m totally okay! Makan macam biasa, gelak kuat-kuat macam biasa..tak de sindrom orang putus cinta lansung.


Apa plan sekarang? Cari jantan baru la! Haha.. tak de la.just enjoying my life being single..


No comments:

Post a Comment