Thursday, October 27, 2011

spontaneous thursday 3 : realiti vs fantasi

sori lukisan tak lawa


fantasi

realiti


fantasi


realiti



fantasi

realiti


fantasi tu bukan 1 benda yang mustahil..senang je nak jadi realiti
masuk la program realiti akademi FANTASI ops! lupa dah tak de

Monday, October 24, 2011

pantang larang orang melayu

Assalamualaikum readers
cuti deepavali so otak pun seakan-akan bercuti jugak
just go with the flow bak kata omputeh,tapi entry ni nak cerita pasal pantang larang orang melayu
pantang larang ke? erm kalau salah tolong betulkan aku yup
walaupun dah moden pantang larang tu tetap ada..tapi waa orang moden beb ni tahun 2011 mana wa nak percaya semua tuu..kalau mak wa cakap wa akan ada setiap alasan di sebalik pantang tu
wa kan terer..terer meng auta

1.tak boleh duduk atas bantal nanti naik bisul
benda ni sampai sekarang pun mak aku cakap bila adik2 aku duduk atas bantal..tapi yang sebenarnya tak pun..tak caya? dah banyak kali aku duduk atas bantal,tak der pun ( padahal diorang nak bantal tu nak buat baring )

2. jangan menyanyi di dapur nanti dapat suami tua
ok..aku memang suka nyanyi walaupun suara aku tak sedap cam ziana zain & aku tak boleh rapping cam abg pitbull aku tu..bila nyanyi je mesti nenek aku cakap nanti dapat laki tua.aku cakap tak kisah pun sebab makin tua makin banyak harta kan,untung2 boleh tumpang senang..hehe ( tapi petua ni bagus,sebabnye tak nak nanti air hujan dari mulut tu tempias masuk makanan or minuman,kan tak senonoh tu )

3. tak baik potong kuku waktu malam
sebab kan dulu mana ada eletrik baagai..nanti kang terpotong jari kang naya plak
zaman sekarang kan dah moden..tapi eletrik kena potong tu lain hal la der

4. kalau nak buat tapai kena mandi & bersihkan diri dulu
yang ni cikgu aku yang bagi tahu masa zaman matrik dulu la..sebab nye kan kat tangan kita ni ada banyak enzyme..bila dah bercampur dengan ragi yang kita taruk dalam tapai tu so akan sebabkan banyak proses aroebic respiration,..erm korang faham tak secara mudah nya tapai tu akan cepat masam la

5. kalau meniarap jangan angkat kaku nanti mak mati tertonggeng
yang ni aku tak percaya..sampai sekarang aku tak jumpa alasan nye apa

6. pensil tak boleh lebih pendek dari jari kelinking
ni bukan pantang larang melayu tapi ni pantang larang masa aku kecik2 dulu klau pendek nanti mak mati kena apa ntah..so bila pensel dah pendek cepat2 mintak duit nak pergi beli pensel baru..tapi tu budak lain lain la bukan aku..peduli apa aku,pensel aku.suka hati aku la kan..

7. jangan suka cium tangan baby nanti bila dah besar suka meminta-minta
ni pantang larang untuk yang dah ada anak la..betul ke tak aku tak tahu..nak jugak buat eksperimen bila dah ada anak nanti..tapi tak ke naya kalau betul mau tak nye nanti anak aku mintak nak swimming pool,mercedes benzs..mana nak ragut semua tu

8. orang mengandung tak boleh makan nenas
ni melayu punyer..bukan tak boleh makan terus tapi di awal kehamilan tu tak digalakkan la sebab placenta tu tak menempel dengan kuat lagi kat dinding rahim tu,sebenarnye boleh makan.. ( ni cik misi yang cakap )

tu je la dulu..dah tak ingat 
nanti la bila ada orang cakap aku tulis dalam note & buat entry lagi..tu pun kalau ramai yang nak la kan
till then
babai


Sunday, October 23, 2011

semalam dalam sejarah

semalam 22 oct kan sebab hari ni dah 23 

sambutan hari kanak2 sedunia peringkat kebangsaan

sivaji the boss ditayangkan kat tv3

aku tolong mak siang ikan

terengganu dapat masuk final piala malaysia..horey
t-team plak kalah dikaki n9..apo konoe eh jang

erm..mari imarahkan masjid bersama raudhah tv9 kat masjid al-Falah 
lupa kat mana

apa lagi ek..

nak kena bagi tahu ke

ada ke yang nak tahu

eksaited tak korang kalau aku bagi tahu

kalau tak bagi tahu..dunia ni makin worst ke tak

siti nurhaliza pregnant ke
bukan

maria elena nak kawen dengan dato' ke
bukan

ada artis baru cerai ke
eh2 lagi la bukan

cam ni cerita nye
semalam kan semalam

semalam yang suram ke
bukaaaaaaaaaaaan

wey ko nak buat confession apa ney
dah tak larat tahu tak nak main2 cam ney


ok


ok

semalam 

la 


semalam



birthday aku yang ke 20

sekian terima kasih


Friday, October 21, 2011

oh facebook...

kering idea la nak tulis pasal apa..
tetiba je rasa nak tulis pasal sejarah aku dengan facebook
ada orang nak baca ke tak ni..arghhh gasaklah nak tulis jugak sebab perasan tu memang aku..

aku mula create account dengan mark zukherberg ni around november @ october 2009,disaat orang dah nak limit friend dalam fb ni aku pulak baru terhegeh2 nak create account,tu pun sebab kawan aku yang suruh buat sebab dia kata senang nak contact dengan member time sekolah dulu..fyi aku tak pernah ada account dengan frenster & myspace..sebab cam complicated jer nak faham application kat situ..damn..fb sekarang ni pun dah complicated jugak

aku punyer friend sekarang ni ada 779 orang & masih ada yang belum di approvekan atas dasar aku tak kenal diorang..bajet femes 

masa aku mula2 buat fb dulu teramatlah ghairah meng'add' orang tapi now aku tunggu orang add aku walaupun aku kenal orang tu kenapa buat camtu sebab aku femes..muahahaha..tipu la wey

mula2 buat dulu jugak notification kalau tiap kali bukak mesti lebih dari 20 tapi sekarang ni kalau ada 3 pun dah kira banyak sangat la tu..dah boleh kombang hidung dah

dulu la dulu pernah buat relationship dengan someone kat fb ni,tapi sekarang dah tak buat atas sebab malu & tak nak hebahkan siapa pemilik cintakuuuu..haha bukan apa lets privacy stays as a privacy..kat blog ni pun mana ada aku tulis pasal dia..dulu la dulu time mula2 kapel & buat blog..eksaited la kata kau

disebabkan terover eksaited dengan fb ni dulu asal ada orang add je terus accept walaupun tak kenal..la ni jenuh la nak removekan yang mana tak berkenaan tu..bukan tak nak mengeratkan sillaturahim tapi dah kita tak kenal kan..so kalau di remove tu harap maaf la ye

well aku tak pernah update status dengan ayat cam ni : itew sakit ati cangat2 dengan dia..nape dy fitnah itew curang dengan dy..itew cayang ucuk sendad2 tauk x..love u ucukk muaxxxx or yang sewaktu dengan nye..malau kokram la nak biar the whole people know about us kan..dah la tulis cam budak tak tahu basuh berak jerk..manjew tak itew tulis cam new

lepas bosan dengan fb aku try la tagged,twitter,formspring but damn bosan..so main fb je la walaupun dah complicated

tu je kot..korang pulak cam mana..jangan lupa doakan aku dapat dean list untuk sem5 ni ye semua..sayam koram sendad ( penampau untuk diri sendiri)

Monday, October 17, 2011

kalau...

kalau.ringkas je tajuk kan
hmmm aku tengah exam ni sebenar nya tapi saje je nak post jugak sebab nak releasekan tension ni jugak

kalau body kurus nak biar gemuk sikit
kalau body gemuk nak biar kurus sikit

kalau ada kat rumah rasa nak pergi hostel
kalau ada kat hostel rasa nak balik rumah

kalau lapang rasa boring
kalau busy rasa tension

kalau single nak couple
kalau couple nak single

kalau praktikal rasa nak masuk kuliah
kalau kuliah rasa nak praktikal



kalau lapar nak makan,kalau dahaga nak minum

berapa banyak kalau daaaa

apa lagi kalau yang korang ada?

Thursday, October 13, 2011

macam tak percaya je kan ? ( susuk or plastic surgery )

entry ni mengandungi unsur yang berbaur  lucah kedengkian..sila sucikan hati anda!!

Tak nak taip banyak2..tapi macam tak berapa nak percaya je kan
So layan picture kat bawah ni..from : akustress giler.blogspot.com




Then boleh plak dia transform jadi macam ni..macam tak percaya pun ada
Sama ada dia pakai susuk dengan degawan or buat plastic surgery dengan doctor yang putihkan m.j i don’t know..yang penting gorgeous gegileeeeerrzzz
(berharap akan jadi sama macam ni..cam transformer pun ada jugak)
Sampaikan ada orang yang sanggup siksa diri buat plastic surgery untuk jadi macam dia ni




so for the girls out there kalau rasa tak cantik jangan down sangat mana la tahu kan u will be the next angela baby

segmen : jom tambah follower lagi


join segmen lagi..saja je sebab malas nak taip entry
idea tu ada tapi nak perap dulu buat perkasam baru la best kan makan dengan nasik

Tuesday, October 11, 2011

perkara yang paling ditakuti

Assalamualaikum peeps & readers
dah lama aku tak post,actually agak busy sebenarnya
baru je habis posting untuk sem 5 so sekarang ni tengah exam,if korang tak tahu ni aku nak bagi tahu la untuk yang student nurse ni exam ada 2 jenis,exam skill & exam paper
kalau yang exam skill tu kita kena buat nursing procedure depan lecturer dalam masa 5 minit je,ada 10 stesen semuanya but depends on college tu la,kalau yang paper tu sama je la dengan mana2 kos pun
so kalau aku yang skill ni lagi kecut perut la,nak masuk dalam room tu pun macam nyawa dah dihujung tanduk
takut wey..so sikit ni je la luahan hati cik misi muahahaha

straight to the point perkara yang paling ditakuti ialah mestilah mati tapi disebabkan entry ni bukan entry keagamaan so

1.mencabut gigi
bukan gigi susu,yang tu diy pun boleh time kecik2 dulu buat time mainpondok2 ke.masak2 ke
tak pun masa tengah main kahwin2 ( kecik2 dah teserlah kegatalan ahkak ) ni gigi geraham punyer,sampai hari ni tak berani nak pergi lebih rela tahan sakit dari pergi cabut ( nama je student nurse,tapi takut jugak ) hello dear i'm pun manusia gak

2.jatuh cinta
sape2 sini yang takut untuk jatuh cinta,jom angkat kaki & join cik misi dengan club forever alone meh la meh ( tu pun kalau korang percaya la kelab tu wujud )
tak rugi pun kalau join..ntah kenapa tapi maybe takut sebab low self esteem kot..muahaha nope a big deal la der,wa boleh hidup..

3.tengok polis & misi
hahaha ni ketakutan zaman dinosour dulu la kan,pernah tak mak korang cakap bila korang buat salah 'panggil polis baru tahu' well a confessinon to make mak aku pernah tapi tu dulu sekarang ni tak la sebab dah tahu undang2..takut tengok misi pulak sebab takut nanti kena cucuk dengan misi almaklumlah misi ni sinonim sangat dengan bab cucuk mencucuk ni,masa tu mana la nak tahu sangat kerja misi ni apa ( duk pikir cucuk orang je memanjang ) sekarang ni bila dah belajar nak jadi misi baru tahu..so sekarang dah tak takut misi dah..cam hareeeem je kan zaman kecik2 dulu

4.tidur dalam gelap
dulu punyer cerita jugak ni,takut sangat2 sebab nanti itew tak nak ader hantu datang kat itew
wuuuuwuuuu iter nangesh nanti..hakhak 
tapi serius ramai budak2 yang pikir macam ni kan,kalau tidur lampu terbukak hantu tak datang sebab hantu tak suka cerah..maybe ada kaitan dengan burung hantu kot..

so tu je la  setakat ni,dah kering idea sebab duk terpikir how to clean umbilical cord..care of patient'ss with blablablabala semua ni
wish me luck..nok ngepek benar aritu tapi dok ingak doh gapo
hohohohoho
merry devaali

Tuesday, October 4, 2011

kenapa kota bharu lagi best dari kuala lumpur

salam peeps..for the new followers thanks sebab follow blog yang simple jer ni
muchos gracias love u alls
hehe..
straight to the point hari tu aku kena posting dekat hospital selayang
dekat jer dengan kl,hostel plak dekat sungai long,kajang dah kira tersangat dekat dengan kl la tu kan lets makes it general okeh..dari hostel nak ke hospital tu dekat sejam jugak la sebab jauh,jalan kat kl kan berbelit2 bagi aku la..eh ye ke ?
so kenapa kota bharu lagi best dari kl



ini ialah gambaran nasik yang paling femes kat kelantan iaitu nasik kak wok..best wey konpem terangkat
ada nasik putih,ayam goreng kunyit yang telah dipotong kecik2 sebelum digoreng,sambal yang best & sedikit timun..harga sangat murah rm 2.50 dah boleh dapat 1 bungkus
dah la sedap murah plak tu,kat kl mana nak dapat nasik kak wok ni
only available at kb jer..melambak kat sini,selalunye kedai mesti penuh




arghhh seumur hidup aku pernah tengok babi ni sekali je masa kat muazam,tu pun aku kat dalam bas otw nak balik besut time belajar kat matrik n9 dulu
tapi kat hostel aku dekat sungai long tu masa 1st day sampai dalam pukul 5am dah boleh nampak orang tengah melapah ( erk melapah kot ) daging babi ni,kalau time keje syif pagi mesti terpaksa hidu bau benda alah ni sebab kat situ adalah pasar basah,tempat tunggu bas plak sebelah pasar tu..busuk wey
bau daging lembu tak cam ni..kat kota bharu tak pernah jumpa pun
meronta2 hati time tu nak balik kb


hahaha jika korang tertanya-tanya apakah tompok2 diatas ni
ni bukan tompok2 taik unta tapi taik idung
yang kecik tu perumpamaan taik hidung kalau stay kat kb,yang besar tu plak perumpamaan kalau stay kat kl
dah la hari2 kalau melombong bijih kat kl konpem dapat..nampak sangat banyak pollution kat kl ni ye
biasa la kan nama pun ibu negeri



hurmmm kalau aku teruskan menetap kat kl korang bayangkan mahal nye tiket bas sebab jauh sangat kan
kalau kat kb plak tak sampai rm10 dah boleh sampai kat rumah sebab dekat jer
jimat pun jimat 
home sweet home gitu..huhu

korang jangan nak labelkan aku ni jakun plak,tapi sebenar nye aku tak suka tinggal kat bandar besar ni
dah la busy,dengan traffic jam yang takkan pernah habis
aku kureng suka benda tu sebab tak peace gituuuu muahahaha
tapi nanti nak mintak keje aku akan pergi luar dari kelantan & terengganu jugak hehe

owh hari tu masa doktor pakar round dalam ward semua doc cam sentap je bila doktor tu pakar tu tanya ' do u know your neighbours ' semua muka cemerut jer
nampak sangat tak kenal la tuuu almaklumla semua busy kan
kalau kat kampung mana ada cam tu
peace yo!