Wednesday, May 27, 2015

hijrah seorang sa'adah

Asslamualaikum, wah lama sangat tak update ni. agak-agak ada orang yang baca lagi tak.. :)

hijrah.. susah sebenarnya, tapi susah lagi nak istiqamah. aku ni jahat, terlampau jahat tapi tak payah la nak cerita kat sini kan, ibarat buka aib sendiri pulak. everyone have their past, so do I.

macam mana boleh tergerak hati nak berhijrah?
takde la hijrah mana pon, eksyen je lebih. takpe la kita start pelan-pelan.
so daripada tak pakai sarung kaki or socks aku start slow-slow pakai, at first agak susah sebab aku ni jenis yang suka sarung selipar jepun je kalau nak pergi mana-mana, contoh: supermarket, pasar malam, even ke kelas (kadang-kadang)
tapi aku start slow-slow, beli kasut crocs yang terus sarung tu dulu (tapi time ni tak pakai lagi socks) lepas tu malaysia ni kan panas & aku pulak jenis yang kuat berpeluh so aku pakai socks bersama crocs kalau nak ke kelas.
lama kelamaan (betul ke ayat ni?) aku rasa selesa lepas tu rasa malu pulak kalau keluar tak pakai socks. so macam tu la kisah nya.. senang je kan.. aku tak riak just nak bagi tahu tips aku, mana lah tahu ada yang membaca ni nak try.. Allhamdulillah dah sebulan lebih aku praktik dalam kampus.
kalau kat rumah aku still usaha untuk pakai & kadang-kadang aku limit bilangan keluar rumah.

baju : start pakai baju longgar, yang ketat pakai dalam hostel je
tudung: still lilit shawl tapi dah dilabuhkan agar menutup dada & bawal still bidang 45 but dah tak                   silang pakai straight je.

aku ubah slow-slow ye aku tekankan kat sini..SLOW-SLOW

untuk yang nak berhijrah.. Allah akan selalu ada dengan kita cuma kita je yang selalu lupakan Allah. astagfirullah



ada la satu hari tu rakan masjid jemput admin tarbiah sentap: bro adnin roslan datang ke kampus so aku pun pergi la.. pengisian dia sangat padat ye so ni aku ringkaskan (buka notes, hehe)

- untuk membersihkan hati tak cukup dengan sekadar amalan wajib, tapi mestilah di isi dengan amalan sunat.

bro adnin sentuh 3 topik utama: hiburan, ikhtilat, cinta

so hiburan ni benda yang menghiburkan diri, tapi kita kena ikut cara islam. sebagai seorang islam kita kena la jadikan ibadah tu sebagai hiburan maknanya rasa happy nak solat, rasa happy nak mengaji etc.
suka bertahajud, penghalang tahajud & amalan sunat yang lain adalah sebab dosa-dosa yang ada.
 unsur-unsur haram dalam hiburan ni adalah jenis yang promote cinta sebelum nikah, unsur seks, syirik, promosi arak.. dalam erti kata senang dengar lagu, tengok movie, anime, rancangan hiburan etc segala benda yang tak berfaedah is harommm
pergi konsert lagi la harommm

so aku tak nak sentuh lebih, untuk keterangan lanjut boleh baca dekat tarbiahsentap.com or beli buku dia. sebab aku ni ilmu nya cetek takut nanti salah pulak..

so ni boleh baca sendiri ye.. aku mohon kalau ada gambar aku tak menutup aurat dengan sempurna dalam mana-mana media sosial mohon korang delete sekiranya dalam akaun korang & mohon pm aku sekiranya ada dalam akaun aku. maybe aku terlepas pandang.